Badrul : Yalah cantik warnanya. Tengok tu ada
macam-macam warna.
(Pekedai menghampiri Amir dan Badrul lalu menyapa
mereka)
Pekedai : Ya abang, boleh lihat-lihat. Tak apa, lihat tak
kena bayar.
Amir : Saya tengok-tengok dulu, tauke.
Pekedai : Ok, nanti panggil saya kalau sudah ada yang
berkenan.
Amir : Baiklah tauke.
(Pekedai berlalu menuju ke arah pelanggan yang lain)
Badrul : Fasih cakap Melayu tauke tu, kan Amir.
Eh, tengok tu, bila dia kembang nampak
warna-warnilah! Cantiklah. Ada warna
biru, merah, hijau dan macam pelangi pun
ada.
Amir : Ni mesti betina. Sebab tu cantik.
(Pekedai menghampiri Amir dan Badrul)
Pekedai : Ini jantan. Bukannya betina. Itu betina
dalam sebuah lagi akuarium.
Badrul : Ha, ini ikan jantan! Bukannya ikan betina.
Pekedai : Ya, ikan guppy jantan lebih cantik daripada
ikan guppy betina. Ikan guppy betina tak ada
warna-warni, biasa saja warnanya.
Amir : Eh, terbalik pulak! Selalunya yang betina lebih
cantik daripada yang jantan. Ikan guppy pula
yang jantan lebih cantik daripada yang betina.
Pekedai : Harga sama. Tujuh ekor, RM5.00. Abang
pilihlah mana-mana suka.
Amir : Bagi saya tangguk dan baldi. Saya mahu pilih
yang ekornya cantik dan kembang. Itu
jantankan?
Pekedai : Ya, itu jantan!
(Setelah memilih beberapa ekor ikan guppy jantan dan
ikan guppy betina, Amir membayar harganya di kaunter. Mereka beredar dari kedai tersebut dan mengucapkan
terima kasih kepada pekedai tersebut)
Badrul : Kau tengok Amir. Ikan guppy jantan begitu
cantik. Baru aku tahu lepas tauke tu beritahu.
Amir : Aku pun sama. Jadi jangan ingat kita ni dah
pandai. Banyak benda lagi kita kena belajar.
Kena ringan mulut bertanya dengan orang.
Badrul : Memanglah tanya dengan orang. Takkan kau
nak tanya dengan ikan pulak?
Amir : Aku sumbat juga mulut celupar kau dengan
ikan guppy ni macam Mr.Bean makan anak
ikan hidup-hidup.
Badrul : Sorrylah kawan. Gurau pun tak boleh. Eh,
Amir cuba kau tengok tu lima orang yang
berdiri kat depan kedai cermin mata tu!
Amir : Ya, kenapa Badrul? Adik kau ke?
Badrul : Hish, ada ke gitu gaya adik aku.
Amir : Dressing maut. Dengan gincu merah menyala
dan jalan lenggang-lenggok. MasyaAllah,
mengalahkan pompuan.
Badrul : Inilah kumpulan ikan guppy jantan. Tapi ikan
guppy jantan memikat ikan betina. Yang ni
kontradik dengan kita dan juga ikan guppy
sebab mereka memikat orang lelaki. Mereka
tak pikat orang pompuan. Macam kisah umat
zaman Nabi Lut.
Salam,
ReplyDeleteKisah yang menarik.
Umat akhir zaman...
ReplyDelete