"Sila duduk di sini, pakcik". Berkata seorang remaja lelaki budiman memberikan tempat duduknya kepada OKU berkenaan sambil memegang tangannya.
"Terima kasih! Welcome! Xie xie!"
Semua penumpang dengan haluan masing-masing. Ada yang menghantar mesej dengan telefon bimbit, ada yang mendengar lagu menerusi wayar yang dihubungkan ke telefon bimbit dan ada pula yang berbual-bual lalu gelak-gelak kecil. Ada yang memerhati panorama menerusi jendela koc.
Mataku mengerling ke arah lelaki OKU. Tangannya memegang telefon bimbit berwarna ungu. Kecil sahaja. Tangannya beralih dari satu butang ke satu butang menekan butang-butang yang terpapar di dada telefon bimbit. Penumpang-penumpang yang lain mengerling dengan ekor mata melihat perlakuan lelaki OKU tersebut.
"Hello!"
"You wait me. I think around 20 minutes I arrived at KL Central."
"You wait me and don't forgot."
"....................."
Dengan suara yang kuat, lelaki OKU berbicara dengan telefon bimbitnya. Semua mata tertumpu ke arahnya. Terkejut mendengar lelaki OKU yang tidak dapat melihat tetapi mampu mendail dan menelefon seseorang. Kejutan lain apabila mendengar lelaki OKU berbicara dengan fasih dalam Bahasa Inggeris.
"Aku pun tak selancar lelaki buta tu cakap Bahasa Inggeris," bisik kawan karibku.
"Yalah. Kagum aku lihat dia mendail nombor telefon kawannya dengan hanya teraba-raba. Betul pula nombor yang didailnya tuju kepada kawan lawan bicara. Fasih pulak tu cakap Bahasa Inggeris."
"Itulah kelebihannya yang tak ada pada kita," kataku.
Setelah lelaki OKU selesai berbicara, suasana dalam koc kembali tenang. Semua penumpang dengan dunia mereka sendiri. Tersengguk-sengguk kepala menahan mata yang hampir terkatup. Ada pula yang membaca buku, mengadap laptop yang dibawa. Tersisip pen drive pada sisi laptop dan ada yang membelek akhbar tabloid.
Tiba-tiba ... meluncur lagi suara yang kuat daripada lelaki OKU.
"Anybody can tell me. Now, where are we?"
"Bandar Tasik Selatan, uncle," sahut seorang remaja India.
"Oh, thank you! Boleh tolong maklumkan nanti kepada saya jika telah sampai di KL Central."
"Ok, uncle."
Kuat sungguh lelaki OKU itu bercakap. Maklumlah. Dia tak nampak orang di sekelilingnya. Jadi dia berkomunikasi tanpa sedar mata-mata lain melirik ke arahnya mendengar berbicara.
Kesimpulan:
Biarpun buta tapi hatinya celik.
Fasih berbicara dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina.
Tidak bimbang sesat kerana falsafah yang dipegang, 'Malu bertanya sesat jalan'.
Dapat mengendalikan telefon bimbit dengan mendail sendiri nombor tanpa bantuan orang lain.