Sunday, January 8, 2012

Bendasing di Badan

Bendasing, bunyinya macam makhluk asing.
Jika bendasing berada di badan, boleh dibuang dengan tangan. Kuiskan sahaja, jatuhlah bendasing tersebut.
Bagaimana pula, jika bendasing berada dalam badan?

Intipati bicara kali ini berkisar tentang beberapa contoh bendasing yang terdapat dalam badan seperti batu karang, ketumbuhan yang menyebabkan pelbagai jenis kanser, darah beku yang menyekat aliran darah serta mengganggu sistem pernafasan.

Kos rawatan untuk merawat sakit yang dinyatakan di atas memakan ribuan ringgit. Hospital swasta mengenakan bayaran bagi khidmat kepakaran yang diberikan kepada pesakit. 
Mengeluarkan darah beku di otak = RM75,000
Pembedahan kanser payu dara = RM17,000
Laser batu karang pada buah pinggang = RM5,000
Pembedahan buah pinggang mengeluarkan
batu karang = RM15,000

Kos rawatan yang dinyatakan berdasarkan maklumat dan pengalaman yang telah dilalui oleh para pengidap penyakit berkenaan. 

Menurut doktor, punca penyakit kronik kerana stress ataupun pemakanan.

Setiap penyakit ada ubatnya. Apa yang penting berusaha, berikhtiar dan menyediakan dana kewangan bagi persediaan menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku di masa hadapan.

Adik Mohd. Hilmi Abdul Malik, didoakan moga cepat sedar dari koma dan segera sembuh daripada penyakit strok. Ahli keluarga setiap hari mengunjungimu, mendoakan kesejahteraanmu.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...