Saturday, November 6, 2010

HANTU! OH, HANTU!

"Mana pegi pulak dia ni? Dah sejam aku tunggu, tak muncul, muncul."
"Apa yang kau fikirkan tu, Milah?"
"Eh, kau Zizah? Terkejut aku dibuatnya. Salam tak de, apa tak de, tup-tup muncul belakang aku. Apa kau ni ada memakai ke?"
"Mestilah ada. Kalau kau nak tahu aku ni pakai baju, pakai seluar, kasut, setoking dan ...."
"Itu aku tahulah. Yang aku maksudkan tadi, kau ada ilmu ghaib ke, ilmu mistik ke, atau ada bela polong ke? Tak ada hujan tak de ribut, alih-alih dah muncul di sini."
"Hish, selisih malaikat 44! Ada ke muka aku ni bela polong. Tolong sikit, kawan."

.......................................

Cerita di atas ada sebut pasal polong. La ni banyak betul rancangan televisyen berkisar tentang cerita hantu sampaikan anak-anak kecil takut nak ke bilik tidur, billik mandi bersendirian.
JANGAN kata budak kecil, orang TUA pun TaKuTTTT.........Eiiii, serammmmm!

Hantu orang Melayu seperti polong, hantu raya, toyol, langsuir, penanggal dll.
Hantu Mat Salleh seperti drakula, zombie, warewolf dll.
Hantu orang Cina seperti hantu lompat-lompat dan ..........
Hantu orang India seperti ..........
Hantu orang Asli seperti ...........
Hantu orang Indon seperti kuntilanak, sundal bolong dll.
Hantu orang Siam seperti nangnak dan ...........
Bertanda ........ maksudnya tak tahu nak sebut istilah apa nama hantunya.

PERSOALAN yang berlegar-legar di benak ialah mengapa nama hantu-hantu berbeza di antara satu  bangsa dengan bangsa yang lain. Rupa hantu juga berbeza sebagaimana yang dipaparkan menerusi televisyen mahupun Internet..
Nampaknya boleh dibuat tesis berkisar tentang hantu saja.


Apa pandangan para pembaca tentang hal hantu?
 

Darihal Makan


Jangan makan sambil memekak,
Silap-silap tercekik tulang di celah tekak.

Jangan makan sambil berdiri,
Difikir orang, agaknya dia nak lumba lari.

Jangan makan sambil berjalan,
Duduklah makan perlahan-lahan.

Jangan makan berlebih-lebihan,
Nanti senak perut jadi tak keruan.

Jangan abai waktu makan,
Gastrik mendatang, ingatlah tu kawan.

Jangan terlalu memilih makan,
Kandungan vitamin biarlah berpadanan.

Jangan makan sambil merokok,
Asyik menghisap makanan tak bertokok.

Jangan makan sambil minum,
Makanan belum habis, perut dah ranum. 

Jangan makan tanpa Bismillah,
Syaitan menumpang makan, MasyaAllah.

Makanlah secara berhemah,
Makan biar mengikut sunnah.


Friday, November 5, 2010

RAP 10 BUDAK NAKAL




10 budak nakal, main lompat-lompat,
  SA...ATU patah kaki, tinggal sembilan.

9 budak nakal, main kejar-kejar,
  SA...ATU masuk longkang, tinggal lapan.

8 budak nakal, main baling-baling,
  SA...ATU kena kepala, tinggal tujuh.

7 budak nakal, main sorok-sorok,
  SA...ATU kena culik, tinggal enam.

6 budak nakal, main tumbuk-tumbuk,
  SA...ATU lebam mata, tinggal lima.

5 budak nakal, main lastik-lastik,
  SA...ATU sakit merana, tinggal empat.

4 budak nakal, main rempit-rempit,
  SA...ATU kena cekup, tinggal tiga.

3 budak nakal, main gusti-gusti,
  SA...ATU patah tangan , tinggal dua.

2 budak nakal, main tepi jalan,
  SA...ATU kena langgar, tinggal satu.

1 budak nakal, sudah tak ada kawan,
  Taubat nasuha akhirnya.






Anggur Kehidupan

Anggur yang kupetik tadi malam
masammanis rasanya
Anggur yang kumakan tadi malam
hijau kusam warnanya

Anggur yang kauperah tadi malam
merah jingga airnya

Bayi mongel yang kulihat tadi malam
rengektangis dibelai manja

Bayi mongel yang kautinggalkan tadi malam
tangispilu pinta dipangku
Bayi mongel yang kautinggalkan semalam
MERAHPEKAT DARAHNYA 
dibaham anjing liar.

  

 
 

   

SALAM PERKENALAN

Salam buat para pembaca budiman.

Blog Minda Kreatif-Rafasa ini lebih berkisar tentang pengalaman penulis dalam menempuh liku-liku kehidupan dan dipaparkan dalam bentuk puisi moden, puisi tradisional dan dalam bentuk penceritaan. 

Sajak 'Anggur Kehidupan' merupakan sorotan daripada kaca mata penulis yang baru hendak berjinak-jinak dengan dunia penulisan melalui alam siber.

Sebarang komen yang membina amat dialu-alukan bagi membantu penulis memantapkan lagi karya yang bakal menyusul kemudian.

Salam hormat buat semua teman yang sudi membaca dan berkongsi idea.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...