Saturday, April 28, 2012

Mulut

Enak sungguh mulut bercakap,
Tunggulah masa tak terucap.

Enak sungguh mulut bersembang,
Tunggulah masa waktu terbuang.

Enak sungguh mulut berpotpet,
Tunggulah masa bakal dicopet.

Enak sungguh mulut mengata,
Tunggulah masa diketahui berdusta.

Enak sungguh mulut memaki,
Tunggulah masa hati disakiti.

Enak sungguh mulut mengumpat,
Tunggulah masa dibiar merempat.

Enak sungguh mulut berjanji,
Tunggulah masa menanti dibenci.

Enak sungguh mulut berdebat,
Tunggulah masa luka dibebat.

Enak sungguh mulut mengomel,
Tunggulah masa dikunjungi e-mel.

Enak sungguh mulut mencelah,
Tunggulah masa percakapan disudah.

Enak sungguh mulut menjerit,
Tunggulah masa tekak perit.

Enak sungguh mulut menjerkah,
Tunggulah masa untuk dikerkah.

Enak sungguh mulut menggatal,
Tunggulah masa dilibas si buntal.

Enak sungguh mulut mengunyah,
Tunggulah masa penyakit menjengah.





Sunday, April 22, 2012

Gunung Senyum

Memori silam ketika berada di dalam gua dan puncak Gunung Senyum masih berbekas lagi. Biarpun telah hampir 22 tahun berlalu, keasyikan berada di dalam gua-gua yang terdapat di situ amat mengujakan. Indahnya Alam ciptaan Illahi. Di sebelah Gunung Senyum terdapat sebuah lagi gunung, iaitu Gunung Jebak Puyuh.

Gunung Senyum terletak di daerah Temerloh, Pahang. Kawasan petempatan yang paling hampir dengan gunung ini ialah Felda Jengka 25. Dari Sekolah Kebangsaan Jengka 21, jelas kelihatan Gunung Senyum. 

Khabarnya, gunung ini pernah terbakar akibat api yang dinyalakan dari kawasan perkhemahan, menyambar daun-daun kering, ranting dan pokok-pokok lalu terjadilah kebakaran. Jika ingin kesahihannya, dapatkan cerita ini daripada penduduk-penduduk kawasan Jengka yang berdekatan dengan Gunung Senyum.
 
Pelbagai nama diberikan mengikut keadaan fizikal gua-gua yang terdapat di situ. Berikut adalah antara gua-gua yang terdapat di situ, iaitu Gua Ular, 
Gua Rangkak, Gua Terowong, Gua Chandi,
Gua Kolam Tujuh Tingkat, Gua Angin,
Gua Terang Bulan, Gua Taman, Gua Gajah,  
Gua Silat, Gua Makam Tok Long, 
Gua Danau Impian dan Gua Mayat.
Sebahagian daripada imej gua dipaparkan di sini.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...