Menginjak kaki ke Selatan Tanahair,
Biarpun heboh lebuhraya dipenuhi air.
Johor Bahru itulah destinasi,
Melihat panorama adalah misi.
Dalam perjalanan melihat genangan air,
Beberapa buah rumah ditenggelami banjir.
Mengucap panjang melihat musibah,
Perbanyaklah sabar wahai tuan punya rumah.
Zoo Negeri JB antara destinasi,
Pelbagai haiwan dipertonton di sini.
Di antara pelbagai haiwan yang ada di sini,
Siamang menjerit tak henti-henti.
Berhadapan zoo adalah Masjid Negeri,
Reka bentuk bangunan menambat hati.
Di sebelah Masjid Negeri adalah Maahad Johor,
Lulusan pengajian Arab akan banyak bertabur.
Perjalanan ke pusat bandar ibarat secekak,
Di Kluang Rail Coffee membasah tekak.