Wednesday, March 9, 2011

Kayu-Kayan

Pelbagai jenis kayu yang kedapatan di muka bumi Allah ini. Nama kayu-kayan dijadikan pembayang bagi pantun yang dicipta. Selamat membaca dan menghayati maksud pantun dua kerat ini.



Tinggi berderap kayu gaharu,
Berpenyakit kurap selalu menggaru.

Bermain siakap di banir ara,
Usahlah bersikap berpura-pura.

Batu pancang kayu cendana,
Bicara lancang badan merana.

Berat teruja dek kayu balau,
Usahlah kerja asyik berpalau.

Daun palas rimbun di balik resak,
Sikap malas dewasa nanti sesak.

Lebah bebas bersarang di kayu tualang,
Bekerja keras membanting tulang.

Dijual peniaga kayu nyatuh,
Jagalah harga diri tidak jatuh.

Bergayutan unggas di ranting jelutung,
Badan cergas mindakan untung.

Diwarna merah kayu mahogani,
Tidak bersalah tampil berani.

Tampak ceria kayu kempas,
Anggun mulia berpakaian kemas.
 

                                                         

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...