Friday, May 25, 2012

Terima kasih

Terima kasih air
mengizinkan melalui rengkung anak tekakku
menelanmu 
menghilang hausdahaga
kala panasterik membakar ubun-ubun kepalaku
peluh menjejes membasahi dahi, pipi, leher 
dan tubuhbadanku.

Terima kasih air 
mengizinkan basuhcuci pakaianku
menghilangkan aroma yang menjengkelkan
dan daki yang terpalit kusam
bersama adunan hablur
 dan cairan bahan peluntur.

Terima kasih air
menyejukdingin tubuh badanku
menyegarceria minda
pabila dirimu bersatu dengan kulitku.

Terima kasih Ya Rabbi
mewujudkan nikmat yang tak terperi
sebelum aku sejukkaku
digenangi air 
bersama adunan kapur barus
mengiringi kembaraku
menuju-Mu
yang takku tahu
bilakah detik dan waktu.




Tuesday, May 22, 2012

Pergerakan

Terdapat pelbagai cara 
bagi haiwan dan tumbuh-tumbuhan bergerak.

Pergerakan haiwan dan tumbuh-tumbuhan 
ada persamaan
 dengan pergerakan
 serta sikap manusia.
Antaranya:
menyusur
menjalar
merayap
menjerut
mengengsot
menggelongsor
merangkak
memanjat
berlari
berjalan
melompat
meleding
melenting
terbang 
berenang


mencangkuk
melilit
mencengkam
bersulur paut
menumpang
menyerap
menyedut
menjalar
pendebungaan
bertunas
 meluruh
berkembang
menguncup
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...