Akuk nyap tahuk cikguk.
Apa yang kamu tak tahu, tu?
Inik. Macam manak mau tulis inik karangan?
Begini... Pertama, kamu perlu bertutur dalam Bahasa Melayu dengan betul.
Kedua, jika kamu terus-terusan berbahasa begini, nanti kamu tulis mengikut apa yang kamu sebut. Contohnya kamu cakap 'bayik'. Apabila ditulis, perkataan yang disebut itulah yang akan kamu tulis. Sepatutnya ejaan yang betul ialah 'b.a.i.k.' Tiada perkataan 'y' sebagaimana yang kamu eja iaitu 'b.a.y.i.k'.
Ketiga, apabila bercakap dengan cikgu, tidak boleh gunakan gantinama diri atau membahasakan diri kamu 'akuk'. Sepatutnya, gunakan gantinama diri 'saya'.'Aku' boleh digunakan ketika bercakap dengan kawan.
Oh, begitu cikgu! Saya ikut apa yang cikgu cakap.
Ya. Itu dikatakan fasa pertama untuk membetulkan ayat-ayat yang kamu bina nanti. Apabila telah betul sebutan dan ejaan yang ditulis; mudahlah nanti dalam membina ayat.
Baiklah, cikguk! Opps, cikgu!
Ha, begitulah apabila berkomunikasi! Biasakan bercakap dengan sebutan yang betul.
Ya, cikgu!