Saturday, July 30, 2011

Pantun Ramadan

Sungguh cantik bunga matahari,
Tapi sayang dihurung semut;
Tika Subuh waktu dinihari,
Bangkit tinggalkan bantal selimut.

Pelbagai corak warna sejadah,
Beriman solat mengharap syurga;
Berhimpun bersama nikmati juadah,
Merapat ukhwah sesama keluarga.

Tangan disambut salam dihulur,
Maaf-bermaafan bersama datuk;
Makan pagi dinamakan bersahur,
Biar bertenaga seharian suntuk.

Anggun cantik pekerjaan tangan,
Rotan, buluh dianyam bulat;
Berpuasa bukan segala halangan,
Segala kerja bisa diperbuat.

Wednesday, July 27, 2011

Deria

Ada 5 deria kurniaan Illahi.
Salah satu daripadanya ialah deria rasa.
Deria rasa sudah pasti berkaitan dengan lidah.
Pelbagai rasa yang dapat dikesan melalui lidah.
Antaranya:
   1.  Manis
   2.  Masin
   3.  Masam
   4.  Pahit
   5.  Kelat
   6.  Tawar
*  Terlebih makan makanan manis boleh mendapat penyakit
    kencing manis.
*  Terlebih makan makanan masin boleh mendapat penyakit 
    darah tinggi.
*  Terlebih makan makanan masam boleh mendapat sakit
    perut.
*  Terlebih makan ketiga-tiga jenis makanan di atas, jawabnya
    ubat yang pahit dan kelat sedia menanti untuk ditelan.
*  Akhirnya, doktor pasti syorkan semua makanan yang 
   berperisa 'tawar' sahaja boleh dinikmati apabila terlebih
   pengambilan sesuatu jenis makanan.

       Bersederhana adalah jalan penyelesaian bagi mengelakkan
       mendapat syor doktor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...