Sungguh cantik bunga matahari,
Tapi sayang dihurung semut;
Tika Subuh waktu dinihari,
Bangkit tinggalkan bantal selimut.
Pelbagai corak warna sejadah,
Beriman solat mengharap syurga;
Berhimpun bersama nikmati juadah,
Merapat ukhwah sesama keluarga.
Tangan disambut salam dihulur,
Maaf-bermaafan bersama datuk;
Makan pagi dinamakan bersahur,
Biar bertenaga seharian suntuk.
Anggun cantik pekerjaan tangan,
Rotan, buluh dianyam bulat;
Berpuasa bukan segala halangan,
Segala kerja bisa diperbuat.
No comments:
Post a Comment