Mengunjungi Bazar Ramadan memang begitu mengujakan.
Semua yang dilihat menambat selera.
Bagaimanapun benteng keimanan membataskan pembelian.
Usah membazir ketika membeli makanan dan minuman.
Bicara kali ini menyentuh tentang pelbagai jenis minuman yang dijual oleh para penjaja.
Pelbagai warna dan perisa yang meminta anak tekak untuk cuba merasainya.
Air soya, air katira, air kelapa laut, air kelapa pandan, air bunga
Air sirap, air bandung, air limau, air oren, air cincau, air sarsi
Air milo, air tembikai, air belimbing, air honey dew, air laici,
Air mata kucing, air tin, air botol, air tebu, cendol dan lain-lain.
Air sirap, air bandung, air limau, air oren, air cincau, air sarsi
Air milo, air tembikai, air belimbing, air honey dew, air laici,
Air mata kucing, air tin, air botol, air tebu, cendol dan lain-lain.
Apabila dinikmati air yang dibeli, hanya beberapa teguk sahaja yang lalu di anak tekak. Terliurnya waktu sebelum berbuka dan tidak sama situasinya ketika berbuka.
Selagi mentari belum berlabuh, selagi itulah para penjaja memanggil pembeli untuk tolong menghabiskan barangan jualan mereka.