Thursday, April 5, 2012

Durian ... Runtuh

Durian ialah salah satu jenis buah-buahan tempatan. Berbau harum apabila telah cukup masak, berduri dan ada pelbagai saiz. Rasanya enak bagi yang menggemari. Boleh dibuat tempoyak, dicampur dengan sambal, dicolek/dicicah dengan ulam untuk dimakan dengan nasi.

Runtuh pula ialah jatuh, roboh, gelongsor, rebak, gugur (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Apabila berlaku penggabungan dua perkataan tersebut membawa konotasi atau maksud yang berbeza sama sekali.

Durian + runtuh = Durian runtuh [Simpulan bahasa].

Penghujung bulan April, kakitangan kerajaan mendapat durian runtuh dengan kenaikan gaji 13%.
Pekeliling tentangnya telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Ada yang sudah pasang angan-angan yang bertiup sepoi-sepoi bahasa ke gegendang telinga, antaranya:
    Beli kereta baru
    Melancong 
    Beli emas (gelang, rantai, cincin, jongkong, dinar)
    Menambah caruman untuk ke Tanah Suci Mekah
    Mengerjakan umrah
    Menambah wang bulanan untuk ibu bapa
    Membeli pakaian baru
    Membeli ubat-ubatan untuk penjagaan kesihatan diri 
    dan keluarga
    Menukar perabot baru
    Membeli aksesori kereta
    
Apapun, biar bersederhana dan keperluan diri serta keluarga mencukupi. Di samping itu, ada tabungan tatkala kecemasan dan sudah pasti ada saat yang memerlukan pengaliran keluar wang. Kemestian pasti berlaku, iaitu penyusutan wang simpanan seperti urusan pembayaran yuran persekolahan atau yuran pengajian anak-anak mahupun diri sendiri.

Harapan dengan kenaikan gaji tidak berlaku kenaikan harga barang-barang. Pihak penjual acapkali menaikkan harga barang-barang apabila kakitangan kerajaan mendapat kenaikan gaji. Telah menjadi trend, situasi sebegini berlaku.
Apabila harga barang telah naik, hendak turun semula amatlah sukar. Kebiasaannya, harga barangan yang telah naik akan terus naik dan naik lagi. 

Peniaga akan sebut, "Lagi satu mulan, ini balang lagi naik halega oo.Lu mau bili, magus bili sikalang oo."






   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...