Ya, kita pegang ni ramai-ramai! Jangan takuuuttt!
Kayuh! Kayuh!
Kecepak! Kecepuk! Kaki tu buat banyak kali. Gerakkan cepat-cepat.
(Itulah ayat-ayat yang memberi dorongan dan semangat untukku oleh teman-teman)
Satu, Dua, Tiga. Lepaskan.
(Pergerakan meluncur seperti yang dirancang. Tiba-tiba .....)
Cepat, tarik dia ke tepi!
Mari! Mari! Cepat!
(Empat sahabat karib segera menarikku ke tepi tebing)
Merah mata dia.
Dah beberapa kali aku terminum air sungai ni.
Kalau nak pandai berenang, gitulah caranya yang kami ajar tadi. Kami dulu pun macam ni.
Musim cuti sekolah, aku pulang ke kampung.
Setiap kali melihat anak sungai, terbayang di ruang mata bersama-sama rakan mandi-manda di situ.
Memori silam masih terpahat dalam ingatan walaupun telah hampir suku abad peristiwa berlalu.
Ikan dan udang galah (bersepit biru kehijauan) mudah diperoleh melalui aktiviti memancing. Kini hendak mendapatkan seekor ikan dalam jangkamasa sejam memancing belum tentu lagi.