Monday, December 12, 2016

Selawat Buat Kekasih


Mengenang 12 Rabiulawal Tahun Gajah
Lahirmu disambut penuh bermadah.

Hidupmu suci penuh pengasih
Selayaknya dirimu menjadi kekasih.

Berakhlak luhur pekerti mulia 
Buat ikutan insan di dunia. 

Berliku perjuangan baginda yang dikasihi
Diriwayat oleh para sahabat yang mengasihi.

Masjid Nabawi mengimbau kenangan
Menggamit kunjungan jutaan kehadiran insan.

Meninggalkan Masjid Nabawi penuh pilu
Sedih berbaur sendu penuh rindu. 

Hatiku penuh kerinduan padamu
Namamu kuseru setiap waktu.


Basah lidah mulut menyebut
Dalam kalbu hati bersambut.

Selawat dan salam bertalu-talu 
Buat junjungan hamba pesuruh-Mu.

Allahum solli ala Sayidina Muhammad
Wa ala alihi Sayidina Muhammad.











Sunday, December 11, 2016

Berzakat

Usia 22 telah mula berkhidmat
Menabur bakti tanpa khianat.

Pelbagai tempat kaki dijejak
Ilmu dicurah perbuat baik diajak.


Ramainya anak murid merata
Di bumi Allah hidup melata.


Dulu ditegur suara beralun
Murid nakal habis dipulun.


Murid yang nakal, minta ampun
Berdesinglah telingamu, kecuali penampar Jepun.


Bakti ditabur siang malam
Ada yang menjadi penjawat awam.

Dahulu melayan karenah ragam
Ada yang menjadi  doktor, arkitek, peguam. 

Menyemak kerja bersengkang mata 
Ada yang bergelumang di sektor swasta.


Bertemu berjumpa malu segan 
Ada yang bergelar ahli perniagaan.


Semoga hidup kalian aman tenteram
Rezeki diperoleh usah diperam.


Berbahagi harta asnaf delapan
Hidup kalian akan maju ke hadapan.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...