Masa berperang dah hampir tiba!
Lebih kurang dua minggu sahaja lagi peperangan rohani dan jasmani akan muncul.
Ayuh, berperanglah dengan penuh keimanan dan ketakwaan.
Berperang dengan sesungguhnya.
Usah banyak alasan untuk gugur sebelum berjuang.
Gastrik
Tak boleh lapar
Tak tahan haus
Cuaca panas terik ni
Tak larat buat kerja kalau tak lepaskan kabus
kecil daripada mulut.
Ah, pandai kata pada orang!
Kubur sendiri-sendiri. Gua punya sukalah. Lu apa sibuk.
MASYALLAH. Kalau dah itu jawapannya, tak payah berjuanglah jawabnya.
Sedarkah anda, enjin perut kita perlu berehat setelah 11 bulan menjalankan tugas tanpa henti.
'Servis' enjin perut anda. Bagi rehat sebentar. Bukannya lama, lebih kurang 19 jam sehari dan selama sebulan enjin perut berehat daripada menjalankan rutin harian iaitu mencerna makanan.
Kalau kereta BMW, Ferrari, Porsche, Lamborghini dan segala macam kenderaan perlu di'servis', perut kita juga begitu.
SELAMAT MENANTI KETIBAAN
RAMADAN AL-MUBARAK.
Moga diterima amalan dan bertemu
Malam Lailatulqadar.
Amin.
Sayangilah enjin perut anda demi menjalankan tugasan pada hari-hari berikutnya.