Mengerjakan ibadah umrah dengan kaedah SALAK. Pertama kali mendengarnya.
Tahniahlah kepada pencetus idea ini, iaitu Dr. Haji A.Rahman bin Haron.Beliau merupakan seorang pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Sedikit perkongsian 'Panduan Mengerjakan Umrah dengan Kaedah SALAK' yang beliau perkenalkan untuk tatapan umum. Akronim SALAK merujuk kepada:
Siapa: Jemaah Umrah (Lelaki, perempuan dan kanak-kanak)
Aktiviti: Perlakuan ibadah (Niat, tawaf, sai'e, tahallul, ziarah
makam Rasulullah s.a.w, makam Sayidina Abu Bakar,
makam Sayidina Umar al-Khattab,
perkuburan Baqi', makam syuhada,
Masjid 7)
Lokasi: Tempat ibadah dilakukan (Qarnul Manazil, Bir Ali,
Kaabah, Bukit Safa dan Bukit Marwah,Tana'im,
Ji'ranah, Hudaibiyah,
Shumaisyi, Arafah)
Alatan: Penggunaan alatan dengan ibadah (Gunting atau pisau
cukur, kain ihram)
Keterangan: Hukum-hakam berkaitan dengan jenis ibadah
yang dibuat (Sunat, wajib, rukun, harus, haram,
dikenakan dam atau tidak dikenakan dam)
Bersama-samalah kita menunggu 'Panduan Mengerjakan
Umrah dengan Kaedah SALAK' diguna pakai oleh jemaah umrah
negara kita. Mudah dan cepat memahami perlakuan ibadah umrah dengan penggunaan Jadual SALAK yang diperkenalkan oleh Dr. Haji A.Rahman bin Haron.
Semoga para jemaah umrah lebih berilmu sebelum berangkat mengerjakan umrah dan sekembalinya dari Mekah dan Madinah dengan mendapat umrah mabrurah.
Video dari Youtube