Saturday, April 23, 2011

TEMUDUGA

SeBeLuM .....
Detik untuk ditemuduga pasti mencemaskan. Begitu getir dan mendebarkan. Entah kali keberapa membelek buku yang sama, dibuat nota kecil dan menghafalnya.

'Agaknya tajuk ni yang akan ditanya oleh panel penemuduga nanti. Eh, isu-isu semasa pun perlu diketahui dan dibaca! Alamak, Bahasa Inggeris pun nak kena lancar! Jangan tersangkut-sangkut ketika bercakap.
Ni nak kena buat karangan pula dalam Bahasa Inggeris'.
Di rumah asyik bercakap Bahasa Melayu saja. Ha, masa nilah komunikasi dalam Bahasa Inggeris  tu perlu! Biarpun broken English. Aduh! Aduh! Gawat ni! Fail dibelek entah kali yang keberapa. Lihat dokumen-dokumen penting yang diminta telah ada untuk ditunjukkan kepada penemuduga nanti. Menanti saat nama dipanggil, rasa nak 'terkucil' saja.



SeMaSa

Fail dan dokumen penting seperti sijil akademik, sijil penghargaan dan segala macam surat penglibatan aktiviti luar diserahkan kepada panel penemuduga. Duduk dengan penuh sopan, tidak bersandar pada kerusi. Menanti dengan sabar soalan-soalan cepumas dan soalan maut yang bakal terpacul daripada dua ulas bibir penemuduga. Motto ketika ditemuduga: 'Jawab, Jangan Tak Jawab.'
Soalan yang tak diduga ditanya: "Siapakah nama ...............?" Alamak, tak teringat langsung namanya kerana baru 2 bulan dilantik menjawat jawatan tersebut meggantikan pemimpin yang dah bersara!
Bahasa Inggeris adalah dalam 5 minit ditanya, menerawang kepala otak mencari kosa kata yang sesuai dan menyusun ayat.


SeLePaS
Fuhh ... menghafal bagai nak rak! Soalan-soalan berikutnya kacang goreng aje dijawab.
Lebih kepada sembang dan tanya pengalaman kerja. Huh, lega tak terkata! Tunggu dan lihat apa hasilnya setelah menghadiri temuduga tersebut dalam jangkamasa beberapa bulan lagi.

Tentu pembaca merasai seram sejuk menempuh temuduga sama ada temuduga mencari  pekerjaan atau menyambung belajar. Nak menikah pun ada temudugakan?

Mari pula saksikan kes Ramli, Sudin dan Ajis ketika menempuh 'screen test' untuk menjadi pelakon.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...