"Mana pegi pulak dia ni? Dah sejam aku tunggu, tak muncul, muncul."
"Apa yang kau fikirkan tu, Milah?"
"Eh, kau Zizah? Terkejut aku dibuatnya. Salam tak de, apa tak de, tup-tup muncul belakang aku. Apa kau ni ada memakai ke?"
"Mestilah ada. Kalau kau nak tahu aku ni pakai baju, pakai seluar, kasut, setoking dan ...."
"Itu aku tahulah. Yang aku maksudkan tadi, kau ada ilmu ghaib ke, ilmu mistik ke, atau ada bela polong ke? Tak ada hujan tak de ribut, alih-alih dah muncul di sini."
"Hish, selisih malaikat 44! Ada ke muka aku ni bela polong. Tolong sikit, kawan."
.......................................
Cerita di atas ada sebut pasal polong. La ni banyak betul rancangan televisyen berkisar tentang cerita hantu sampaikan anak-anak kecil takut nak ke bilik tidur, billik mandi bersendirian.
JANGAN kata budak kecil, orang TUA pun TaKuTTTT.........Eiiii, serammmmm!
Hantu orang Melayu seperti polong, hantu raya, toyol, langsuir, penanggal dll.
Hantu Mat Salleh seperti drakula, zombie, warewolf dll.
Hantu orang Cina seperti hantu lompat-lompat dan ..........
Hantu orang India seperti ..........
Hantu orang Asli seperti ...........
Hantu orang Indon seperti kuntilanak, sundal bolong dll.
Hantu orang Siam seperti nangnak dan ...........
Bertanda ........ maksudnya tak tahu nak sebut istilah apa nama hantunya.
PERSOALAN yang berlegar-legar di benak ialah mengapa nama hantu-hantu berbeza di antara satu bangsa dengan bangsa yang lain. Rupa hantu juga berbeza sebagaimana yang dipaparkan menerusi televisyen mahupun Internet..
Nampaknya boleh dibuat tesis berkisar tentang hantu saja.
Apa pandangan para pembaca tentang hal hantu?
seramnya gambar hantu tu...
ReplyDelete