Lukisan hati lautan bendang.
Setiap hari bermeditasi,
Melalui blogspot dimanifestasi.
Di usia muda sudahlah termazkur,
Alhamdulillah bertasbih memanjat syukur.
Wajah rias nilamkandi,
Mercu tanda blogspot ini.
Khazanah bahan khizanatulkitab,
Bahan bacaan selain kitab.
Maklumat disaji bukan meninabobokkan,
Sajian maklumat buat semakan.
Bahasa diguna usah terpelengak,
Merujuk kamus usahlah teragak.
Teman rakan usah rosyom,
Bibir menguntum penuh tersenyum.
Menghasil karya penuh keuletan,
Biarpun masa dilingkungi kekalutan.
Tidak sambalewa dalam berkarya,
Elak sekelumit cacat cela seupaya.
Demikian bahasa superlatif,
Memanjat syukur pada Ya Latif.
Penuh khudu untuk mengiri,
Berlalu sinar terik mentari.
Rakaman kasih prakarsa,
Buat teman siber semua.
Apa maknanya tu? Puas cari dalam kamus.
ReplyDeleteKena rujuk juga pada kamus. Cari ikut abjad mula perkataan tersebut
ReplyDeletelagi indah jika diselitkan makna,dpt dihayati terus menerobos sosok jiwa pemerhati..
ReplyDeleteInsyaAllah, akan saya usahakan nanti.
ReplyDeleteTerima kasih atas cadangan LUKISAN HATI.