Tuesday, April 17, 2012

Ular

"Cepat bang! Cepat bang!"
"Napa kalut semacam je, ni?"
"Gini, tadi Mah nampak ular dalam rumah."
'Ha, ular! Jap lagi abang balik. Mah jangan masuk dalam rumah, gi bawa anak-anak tumpang rumah Cikgu Arbaaiyah dan Aziah."
"Ok, bang!"

Siran (Ran) segera memaklumkan kepada rakan sejawat yang sedang menikmati kudapan di kantin. Ketika itu adanya Sulaiman (Leman), Mohamad Baba (Mat Baba), Saadon (Don), Azman (Sern), Azhari (Ri), Hashimi (Mi), Muzamil (Mil), Hamdan Sharuhil (Dan), Kamarudin (Din Sanggang), A.Rahman (Man), Idris (Ustaz), Kelana Putera (Kelana), Zulkupli Zahari (Zul), Khalil (Syeikh), Kamarul Izam (Izam), Sidek (Dek), Zulkefli J (Ustaz J), Jisshaely (Jis) dan Sharif (Rif).

Macam lipas kudung semuanya menyelesaikan saki-baki makanan dan minuman yang masih bersisa di pinggan dan cawan. Masing-masing ingin menyumbang bakti mencari reptilia berbisa. Semua menyedari hanya dengan sekali patukan boleh membawa maut kepada mangsa.

Setelah Ran memaklumkan kepada majikan, kami segera menuju ke rumahnya iaitu kuarters guru yang terletak hanya 500 meter dari sekolah. Kebetulan waktu rehat, jadi tiada halangan oleh Guru Besar.

Sepanjang perjalanan, mata kami melingas memandang kiri kanan jalan. Mencari ranting-ranting kayu yang sebesar tiga atau empat ibu jari. Gunanya untuk membalun reptilia yang menjadikan rumah Ran destinasi persinggahannya.

"Ha, dapat aku kayu!"
"Wah, panjangnya Man!" kata Mat Baba.
"Itu kalau kena ular, sekali ketuk terus mati," Leman bersuara.
"Ewah, macam malaikat maut kau punya ayat!" Kata-kata Don disambut gelak tawa rakan-rakan.

Masing-masing ada senjata di tangan. Setiap orang ada sebatang kayu dan mula meninjau celah-celah almari. Mencari di mana reptilia itu menghuni.

"Ran, biasanya ular suka tempat-tempat sejuk. Bawah katil, peti ais, mesin basuh. Cuba tengok tempat-tempat macam tu," cadang Sern.

Ran menarik keluar peti ais, Dan pula mengangkat mesin basuh.Yang lain bersedia dengan kayu yang ada di tangan.

Tam! Tam! Puk! Puk!

Pukulan yang dihalakan oleh Man langsung tidak mengena. Ular senduk berwarna hitam dan berdada kuning segera melarikan diri ke arah pintu besar. Menyelamatkan diri daripada kepungan manusia yang bersedia menanti membalunnya.

"Aku dah cakap. Harap panjang saja kayu kau, Man. Pukul ular tu pun tak kena. Tangan tak berbedunglah tu masa kecik," sakat Mat Baba.

Riuh-rendahlah ketawa. Ada yang terbatuk-batuk terlebih ketawa.

'Aduh, patah tulang aku! Aduh! Aduh!
Matilah aku kali ni. Dah takdir Allah, hayatku setakat ini.'

Ran tak bagi peluang ular senduk terus menjalar di atas jalan. Beberapa kali hayunan kayu di tangan, ular senduk tidak berkutik lagi.

"Geng semua, petang ni kita adakan khidmat masyarakat," laung Mi.
"Ape kerjanye?" tanya Kelana.
"Apa lagi, kita trim semak-samun yang ada kat belakang rumah. Bagi lapang mata memandang. Tak adalah lagi ular, lipan, katak, biawak, mengkarung, kura-kura beranak-pinak kat sini. Amacam?"
"All right." Hampir serentak kami menjawab.
"Dah kena macam ni, baru korang tahu pentingnya menjaga kebersihan kawasan sekeliling rumah. Ajar budak-budak pandai, rumah sendiri tak ada sapa pun nak potong rumput," Ri mula bersuara.
"Baiklah bakal Guru Besar. Kami taubat. Ada hikmahnya juga ular ni masuk kat rumah Ran. Kalau tak, mau jadi hutan belantara belakang rumah kita ni tak ditebas semak-samun."
"Aku setuju dengan Din Sanggang. Petang ni kita, hapuskan habitat haiwan berbisa," jerit Man.

                         + Setiap hari memandang puncak Gunung Senyum
                            dari laman SK J 21. (1989 - 1993)
                         + Akhirnya berjaya kutawan puncak Gunung Senyum
                            bersama-sama Kelana Putera (1992).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...