Terdapat pelbagai jenis sayur dan ulam. Ulam boleh ditakrifkan sebagai bahagian tumbuh-tumbuhan yang terdiri dari pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah, ubi dan bunga yang dimakan mentah, dicelur, distim atau direbus sebelum dimakan.
Bagi menambahkan rasa kepada ulaman yang dimakan, biasanya ia dicecah dengan sambal belacan, budu, cencaluk, mayonis, atau lain-lain cecahan yang biasanya disertakan sekali dengan nasi dan lauk-pauk yang lain.
Antara sayur-sayuran dan ulam-ulaman, iaitu:
Asparagus
Bayam hijau, bayam merah, bendi, bunga kubis, beremi, bunga kantan, betik muda, beluntas, brokoli
Cendawan, cekur, carrot
Daun kari, daun kesum, daun mengkudu
Genuak
Jantung pisang, jering
Kangkung, kubis, kailan, kacang panjang, kacang buncis, kucai, kaduk, kerabu mangga, kunyit muda, kerdas
Labu, lobak putih
Maman
Nangka muda
Peria, pegaga, pucuk ubi, pucuk paku, pucuk kaduk, pucuk beko, pucuk betik, pucuk gajus, pucuk manis, pucuk mengkudu, pucuk putat, petai, petola ular, petola bantal
Remayong, rebung buluh
Sawi, salad kerinting, salad butterhead, serai hutan, selasih hitam, selom, sabung nyawa
Terung, timun, taugeh, temu pauh, terung pipit
Ulam raja
Selamat Menjamu Selera
No comments:
Post a Comment