(Berbual-bual dua orang remaja dengan persoalan yang diajukan).
Zam : Ada dua jawapan yang aku perlukan. Kalau kau
tahu cubalah jawab soalan aku ni.
Fauzi : Kau tak tanya soalannya, macam mana aku nak
jawab.
Zam : Itu baru intro.
Fauzi : Yalah! Yalah! Ha, apa soalannya?
Zam : Begini. Pakai kemas dan hati-hati macam
manapun pasti kena.
Fauzi : Kena apa?
Zam : Kena pada pakaiannya. Ada dua jawapan yang
boleh kau berikan bagi soalan aku ini.
Fauzi : Kena basuh, kena cuci.
Zam : Ada jawapan lain?
Fauzi : Kena ..... kena ..... mengenai.
Zam : Kena apa tu?
Fauzi : Kena sambal, kena minyak.
Zam : Rasanya tak tepat. Ada lagi jawapan yang nak
kau berikan.
Fauzi : Semua aku jawab, ada lagi tak jawapan lain.
Semuanya salah. Ha, jawapan sebenarnya apa?
Zam : Janganlah marah. Kalau tak tahu, ha ni anak
pada kakak engkau punya emak berikan jawapan.
Fauzi : Opps! Nanti dulu. Ini pun satu masalah lagi.
Anak pada kakak engkau punya emak. Itu apa
pula?
Zam : Itu pun kau tak tahu. Senang aje. Emak aku
adalah kakak pada emak engkau. Emak kita
adik-beradik. Aku adalah anak pada kakak
emak engkau.
Fauzi : Oh, barulah aku faham! Jadi kita sepupukan.
Zam : Ha, faham pun! Baiklah berbalik pada soalan
awal aku yang perlukan dua jawapan.
Jawapannya ialah tukang cat dan penoreh getah.
Fauzi : Boleh perjelaskan jawapan kau ni?
Zam : Begini. Berhati-hati macam manapun dua orang
ini semasa buat kerja, peratusan kena pada
pakaiannya ialah 100%. Kena catlah pada baju
atau seluarnya. Kena susu getahlah. Kalau kau
tak percaya, lihatlah pada pakaian mereka. Ada
cat dan susu getah yang melekat. Akhir sekali
ada satu lagi yang melekat.
Fauzi : Apa dia?
Zam : Melekatlah duit pada tangannya. Upah buat kerja.
(Fauzi menggaru kepalanya yang tidak gatal).
No comments:
Post a Comment