Bangun pagi mencelik mata,
Terbuka dari 'buta' sementara.
Fikiran difokus ke arah kerja,
Ingat sampai pejabat seberapa segera.
Malam hari pakaian disedia,
Siap siaga kemas diseterika.
Masa kehadiran kerja diamati selia,
Punctual muncul di mesin perakam masa.
Mengelak dari kad bertinta merah,
Biar sederap hitam searah.
Senyum lebar majikan sentiasa,
Anak buah peka mendahului masa.
Perintah dunia tak lekang dijunjung,
Perintah akhirat belum tentu disanjung.
Ini lensa peneropong peribadi,
Menelusuri jejak dalaman diri.
Ini lensa peneropong peribadi,
Menelusuri jejak dalaman diri.
Hari minggu memanjang 'Subuh Gajah',
Adik-beradik masa 'Subuh Zirafah'.
Sungguh liat bangkit tidur,
Hari minggu masih berdendang dengkur.
Adik-beradik masa 'Subuh Zirafah'.
Sungguh liat bangkit tidur,
Hari minggu masih berdendang dengkur.
Lewat mengerjakan yang Allah perintah,
Lebih siap siaga lagi setiap majikan arah.
Lebih siap siaga lagi setiap majikan arah.
Sendiri ingat sendirilah tanya,
Takutkan Allah atau majikan anda?
Assalamualaikum RaFaSa
ReplyDeletekadang2 saya pun mengejar perakam waktu
untuk mengelak warna merah
tapi lewat solat macam tak bersalah ajer
Ya Allah ampuni dosa2 kami
Wassalam
Walaikumsalam.
ReplyDeleteEn. Rozali, sama-samalah kita memperbaiki kelemahan diri sebelum mengadap Illahi.
Terima kasih Mr IQ. Berkongsi maklumat kita.
ReplyDelete