Wednesday, January 12, 2011

Guru Inovatif



Kalau guru asyik kaku,
Murid-murid pasti lesu.

Kalau guru kecindan selalu,
Murid-murid minat ke sekolah bertalu-talu.

Kalau guru bersikap penyayang,
Murid-murid pasti sayang.

Kalau guru bersikap pengasih,
Murid-murid pasti kasih.

Kalau keletah murid dijiwai,
Murid-murid bermasalah diselami.

Kalau pengajaran guru tak terancang,
Murid-murid didendang ulik mayang.


Kalau guru mengajar berpandu,
Murid-murid belajar selesa selalu.


Kalau guru kreatif bijak,
 Murid-murid minda kritis mudah dipasak.

Kalau guru proaktif,
Murid-murid belajar menjadi positif.

Kalau guru menjana berfikir,
Inovasi dilahir daripada otak cair.


Meraih Pingat Emas Pertandingan Inovasi dan Kreativiti
 Peringkat Kebangsaan 
Institut Pendidikan Guru (IPGM) 2015
SALAK: Satu Cetusan Idea




Kredit kepada En. Bustamam (PKG Semenyih)
yang telah membuat rakaman video ini pada tahun 2011

4 comments:

  1. Assalamualaikum Rafasa

    bersar jasa guru kpd kita

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Walaikumsalam En.Rozali.
    15 MEI sambutan Hari Guru setiap tahun mengenang jasa-jasa mereka.Sesama kita hadiahkan Al-Fatihah buat guru-guru yang telah berjasa dan meninggalkan alam fana ini.

    ReplyDelete
  3. Guru memperkenalkan aksara dan nombor.Tak gitu cik ana.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...