lambatlewat mengatur langkah
ke mulut dewan yang mulia
melabuh punggung santai bersahaja.
Umpama jampuk bertenggek ampuh
sesekali mencelahsampuk bicara
masih bersopan duduk bertimpuh
pinta simpul persoalan ikatan terlerai.
Seperti gonggok tidak bermaya
menelan bicara penuh sinis
tunduk tersipu tidak menepis
kendati secangkir madu
dihurung tuba
ah, sadisnya.
menanti saat memuntah lahar
mikrofon pegun direnggutsambar
Scud, Tomahawk segera dilancar
tuan pengerusi tak betah bersandar.
Bagai bebiri tak henti mengunyah
membuka laman web sesama jiran
satu-persatu sesawang dilayari
ngomelan dan suara-suara halus
pengganggu kondisi
ah, persetankan
tuan pengerusi tak diacuhkan.Umpama beluncas diam membatu
bungkam seribu bahasa
tuan pengerusi segeralah menamatkan
agenda mesyuarat ini
kerna pelbagai agenda lain
yang telah diaturrencana sendiri.
Sajak ni mesti inspirasi dari cerita Ica Age 2 malam tadi kan? Tak sia2 tengok lewat malam sama anak2.
ReplyDeletecomelnya sloath tu..
ReplyDelete