Sunday, November 28, 2010

Nazam "Tiba Masa"

(Mengenang kembalinya kerahmatullah En. Roslan bin Abdullah, Guru Besar SK Semenyih  pada 27 November 2010)

Buat muhasabah diri:

Ayam berkokok bertalu-talu,
Tanda Subuh menjelang lalu.

Tabuh di pelantar dibeduk kayu,
Gemersik azan mendayu-dayu.

Perintah Tuhan turuti selalu,
Biar mata berat terasa luyu.

Pembentuk kerohanian itu buatmu,
Usahlah  jelak usahlah jemu.

Panggilan Illahi tidak ketahu,
Perbanyakkan amal semahu-mahu.

Tinggallah emas tinggallah intan,
Barang dah tentu tidak berkekalan.

Mata melirik menyorot sayu,
Ratap tangis itu yang termampu.

Kafan membalut di senjakala,
Selamatlah tinggal isi segala.

Ilmu bermanfaat dan amal jariah,
Doa mustajab anak soleh solehah.

Penyuluh diri di alam barzakh,
Selamatlah diri alhamdulillah.




Sumber daripada Google






2 comments:

  1. salam,

    innalillah...

    semoga rohnya bersama2 org yg beriman, amin.
    alfatihah...

    ReplyDelete
  2. Sudah suratan takdir.Tidak diundur biar sesaat pun masa.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...