Sunday, December 19, 2010

BOLA

Inilah hikayat tentang bola,
Disepak tendang sini sana,
Hanya sebiji direbut bersama,
Menjadi permainan kegilaan semua.



Pemain berbakat segera dicari,
Di peringkat sekolah, zon, daerah, negeri,
Bagi mewakili negara dicintai,
Majlis Sukan Negara yang menerajui.



Pagi petang ditagih kudrat,
Ibarat latihan angkat berat,
Setiap latihan ada pemberat,
Penguat stamina itu matlamat.



Pelbagai skill mahupun strategi,
Jurulatih K.Rajagobal tekun memberi,
Mengajar berdisiplin dan berdedikasi,
Skuad kebangsaan yang dicoraki.



15 Disember menjadi saksi,
Dua jaringan Mohd Safee Mohd Sali,
Separuh akhir Piala Suzuki,
Membenam Vietnam di gelanggang sendiri.



Nombor 10 adalah jersi,
Disarung Mohd Safee tika beraksi,
Teringat nostalgia Mokhtar Dahari,
Penyerang handalan era 70-an digeruni.



Soh Chin Aun, Serbegeth Singh, Khalid Ali,
A.Arumugam, James Wong, Hassan Sani,
serta masih banyak pemain lagi,
pihak lawan begitu amat segani.



Pabila menang pasti disanjungi,
Pabila kalah akan dinistai,
Sedia menanggung beban digalasi,
Untuk menjadi skuad sensasi.



Selamat mengibar Jalur Gemilang,
Menentang Indonesia di medan juang,
Peringkat akhir yang mendatang,
Piala Suzuki AFF bakal dijulang.

2 comments:

  1. Adakah Piala tersebut akan ke Malaysia??tngguu..apa pun tahniah buat skuad Malaysia akhirnya ke Final

    ReplyDelete
  2. Usaha tangga kejayaan.Strategi dan semangat juang yang tinggi ditagih daripada pemain.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...