Syaitan merupakan kata sifat bagi menunjukkan sesuatu perkara yang jahat dan buruk. Terdapat Syaitan Jin dan Syaitan Manusia.
Syaitan Jin adalah salah satu golongan hamba Allah yang paling beriman dan amat taat, pintar, patuh dan kuat beribadah kepada Allah. Bagaimanapun, golongan syaitan ini yang diketuai oleh (Azazel) ingkar dengan perintah Allah dan diperintahkan keluar dari Syurga kerana tidak mahu sujud kepada Nabi Adam.
Syaitan merupakan golongan penghasut, beranak-pinak dan keturunan kepada iblis laknatullah. Mereka mempunyai tugas jahat yang berbeza untuk memperdayakan manusia. Anak-anaknya, iaitu:
1.Tsabr:
Menggoda manusia berbuat maksiat
ketika manusia sedang dalam kesusahan dan berada dalam kesedihan.Ketika
manusia dalam kesusahan dan mendapat musibah, maka datanglah Tsabr dan
kuncu-kuncunya membisik manusia agar melakukan segala kejahatan seperti
berzina,bunuh diri,menghisap dadah,minum arak dan berjudi supaya manusia itu
terus leka dan jangan kembali kepada Allah.
2.A'war:
Menghasut manusia supaya mendekati
zina dan terus melakukannya dengan apa cara sekali pun.A'war dan
pengikutnya akan menggambarkan keenakan dan keseronokan berzina dalam
akal fikiran manusia dan mengobar-ngobarkan nafsu.
3.Miswath:
Menyampaikan berita dusta atau
penipuan yang mampu menimbulkan kemarahan dan fitnah besar, agar manusia
itu akan kucar-kacir, hilang pertimbangan dan saling menuduh
sehinggakan menyebabkan pertempuran yang hebat dan dahsyat.
4.Dasim:
Menyebarkan sifat emosi yang
keterlaluan, mudah marah, dan permusuhan. Selalunya dalam kes rumahtangga, Dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan.
5.Zaknabur:
Memastikan dunia ekonomi dan
perniagaan akan tergugat. Menghasut para pedagang agar sentiasa tamak
dalam mengaut keuntungan, kecurangan dan penipuan dalam
muamalah(perhubungan). Memastikan pengurangan dalam timbangan dan
bekalan,kelumpuhan ekonomi melalui sistem inflasi serta merupakan
pengajak utama manusia dalam melakukan riba(bunga atau faedah dalam
perniagaan).
6.Khanzab:
Menghalangi umat Islam dalam melakukan
solat, menggangu umat Islam dalam melakukan solat serta
mencari jalan agar dapat menyebabkan manusia tidak akan dapat menyembah
Allah dan mengelakkan agar sembahyang menjadi sempurna.
7.Walhan:
Menggangu umat Islam agar sentiasa was-was dalam
berwudhuk(bersuci sebelum melakukan sembahyang).Ini akan menyebabkan manusia merasakan tidak sah solatnya kerana wuduk merupakan perkara penting yang
amat perlu dititik beratkan sewaktu beribadah kepada Allah.Walhan
juga menyebabkan manusia agar sentiasa membazir dalam menggunakan
sesuatu perkara atau benda.
(Sumber dipetik dari: Wikipedia, ensiklopedia bebas)
No comments:
Post a Comment