Monday, August 27, 2012

SMS



Mengirim SMS seronoknya sememang,
Jari digerak sambil menekan butang.

Pelbagai cerita boleh dikongsi,
Ada kalanya baca tak kering gusi.

Ada kisah boleh dirakam,
Pabila dibaca hati bungkam.

Kiriman SMS tanpa mengira masa,
Belum tentu penerimanya suka.

Pabila bertemu kala dan tika,
Muka penerima masam mencuka.

Rupanya SMS dikirim lewat dinihari,
Penerima terkejut dari ulet mimpi.

SMS dibaca setelah terjaga,
Bimbang ahli keluarga ditimpa mara bahaya.

Setelah dibaca barulah diketahui isinya,
Hanya sekadar info biasa.

Waktu tidur telah terganggu,
Dalam hati Tuhan sahaja yang tahu.

Beringatlah wahai saudara saudari,
Kemarahan orang usah dicari.

Nampak seronok tapi awasi,
Usah sampai anda pula disakiti.

Kalam bicara entri ini,
Juga buat pengingat diri sendiri. 


Imej dari Google



2 comments:

  1. Salam Aidil Fitri Rafasa

    harian metro tak baca
    tumpang baca disini sahaja

    ReplyDelete
  2. Ada 13 saluran berita di sudut Celik Berita. Tuan dialu-alukan menyorot maklumat.
    Salam Lebaran dan Salam Ukhwah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...