Epol : Wah, Abe! Kayolah malam ni. Banyak orang
datang.
Abe : Molek.
Epol : Memanglah molek, Abe. Selalunya tak gini
banyak orang yang datangkan?
(Sambil bercakap, tangan Abe pantas mencatat pesanan makanan dan minuman yang diminta oleh para pelanggan)
Epol : La... pelanggan gini punya ramai Abe nampak tak
ceria pun raut muka.
Abe : Yalah. Selalunya orang order nak makan main
telefon aje. Kalu ada yang datang sorang dua
aje yang makan kat sini.
Epol : Dah tu, sama ajelah. Orang datang sini nak
makan. Order dengan telefon pun nak makan juga.
Abe : Tu yang Abe susah hati.
Epol : Nak susah hati apanya Abe? Patutnya Abe
seronok, ceria, suka, gembira orang datang
kedai makan.Ini terbalik pulak.
Abe : Setakat air, okeylah lagi. Abe boleh buat.
Epol : Dah tu, apa masalahnya, Abe?
Abe : Ini, bab makan. Stok bahan mentah yang kami
sediakan hanya lebih kurang ikut order pelanggan
setiap hari. Ciput aje. Ni yang Abe risau
makanan tak dapat tampung pelanggan yang
banyak menderu macam ni.
Epol : Ada bab lain pulak ke Abe?
Abe : Ada bab berikutnya.
Epol : Menarik cerita, main bab-bab pula. Macam
novellah pulak.
Abe : Bab seterusnya, kami ni berdua aje. Tangan ada
empat. Abe buat air, isteri masak lauk di dapur.
Bersilatlah kami nak menyiapkan order pelanggan
dalam jangkamasa yang singkat.
Epol : Oh, begitu!
Abe : Bab berikutnya, nak mu tahu.
Epol : Ish, takkan cerita sekerat jalan aje! Teruskanlah
bab berikutnya.
Abe : Peleraian bab ialah pelanggan mungkin tak nak
datang lagi kedai Abe sebab makanan lambat
disiapkan, perut mereka berkeroncong tunggu
makanan disajikan. Silap-silap tak dapat
makan sebab stok makanan kami ni sikit aje.
Epol : Wah, begitu sekali implikasinya!
No comments:
Post a Comment