Ayuh, koreksi diri!
Kini kita telah masuk pintu gerbang 1433Hijrah.
Acapkali kita audit kewangan TETAPI bagaimana dengan audit diri?
Marilah kita selusuri diri dari aspek berikut, iaitu:
1.Fizikal (dalam poket atau tas tangan ada sebarang
ubat atau pil vitamin?) = umur sudah meningkat
2.Mental (banyak menonton televisyen/ wayang
atau membaca surat khabar/ majalah/ komik/ buku/
kitab/ Al-Quran?)
3.Kerohanian (buat sesuatu untuk dapatkan
penghargaan manusia/ bagaimana solat?)
4.Hubungan dengan manusia (ibu bapa, isteri,
anak-anak, saudara-mara, jiran tetangga,
rakan sepejabat, sahabat handai)
5.Kewangan (membeli barangan perhiasan/ makan
mewah/ bersedekah/ berzakat/ melancong/ umrah/ haji)
Berpesan kepada diri sendiri untuk bermuhasabah.
No comments:
Post a Comment