Sayang kita kepada ibu,
Usah sesekali membuat hatinya pilu.
Sayang kita kepada ayah,
Usah sesekali dimarah diceramah.
Sayang kita kepada kakak,
Usah sesekali kelahi bertekak.
Sayang kita kepada abang,
Usah sesekali bersepak terajang.
Sayang kita kepada adik,
Usah sesekali menengking herdik.
Sayang kita kepada adik-beradik,
Usah sesekali dilupai guna minda yang cerdik.
Usah sesekali dilupai guna minda yang cerdik.
Sayang kita kepada rumah,
Usah sesekali dibuat sepah.
Sayang kita kepada sekolah,
Usah sesekali membuat masalah.
Sayang kita kepada negara,
Usah sesekali kebobrokan dijaja.
Sayang kita kepada masa,
Usah sesekali solat dilewatkan sahaja.
Sayang kita kepada Rasul,
wak pon sukak puisi insaf begituuu.... eeeeEE wak dh datang niii nk komen komennnnnn..........
ReplyDeleteTerima kasih Wak Gelas sudi mampir. Keinsafan membentuk keperibadian. Tak gitu, Wak!
ReplyDelete