Marilah ke rumah-Ku!
Marilah ke rumah-Ku!
Nah, berbondong umat Muhammad
nun dari segenap ceruk
nun dari segenap pelosok
nun dari segenap rantau
menyahut seruan-Mu!
Laut, darat dan udara
dengan pelbagai medan pengangkutan
dengan pelbagai nusabangsa
tak mengenal batasusia
tak mengenal darjatpangkat
cuma satu matlamat
tujusampai ke rumah-Mu
mengharapbelas Rahman Rahim-Mu
amal ibadat diterima.
Dalam kalbu sering berbicara
andai ada ruangwaktumasa
andai ada kudratdayaupaya
andai ada wangbelanjasegala
dan telah pernah mengukir sejarah di bumi Anbiya'
dan telah pernah mengucup Hajarul Aswad
kan kembali ke rumah-Mu
melepas rindudendam
menemui-Mu buat ke sekian kalinya.
No comments:
Post a Comment