Dua minggu lepas, aku dan isteri pergi melawat jiran iaitu Puan K yang baharu sahaja menjalani pembedahan payudara. Beliau juga tidak menduga ketumbuhan yang ada di bahagian ketiak, rupa-rupanya adalah kanser. Kakaknya pula telah meninggal dunia dua bulan lepas kerana mengidap kanser ovari.
Teman sejawat juga disahkan oleh doktor mengidap leukimia. Sebelum ini Puan S kelihatan cergas dan ceria. Cuma minggu sebelum beliau disahkan oleh doktor mengidap leukimia, pergerakannya agak lambat daripada kebiasaan dan demam yang tidak kebah-kebah. Bagaimanapun masih mampu ketawa dan berbual-bual. Sememangnya beliau dalam kategori ceria dan tabah orangnya. Beberapa tahun sebelum ini, beliau pernah menjalani pembedahan pembuangan payudara kerana kanser. Kini mengidap leukimia pula.
Takdir Illahi tiada siapa dapat menduga. Setiap sesuatu yang dijadikan tentu ada hikmahnya. Hanya Allah jua Yang Maha Mengetahui. Setelah hampir 2 minggu di hospital, Puan S dibenarkan pulang dan berehat di rumah. Minggu lepas telah kembali semula ke pejabat untuk bekerja. Memang tabah dan tenang orangnya menghadapi ketentuan Illahi.
Beberapa tahun lepas, seorang teman sejawat iaitu Puan R meninggal dunia kerana leukimia. Majikan pula iaitu Encik R.A. meninggal dunia tahun lepas kerana serangan sakit jantung mengejut. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Bagi yang telah menghadap Illahi, dipanjatkan doa agar kalian dalam rahmat-Nya.
Tahukah anda beberapa penyakit yang kerap diuar-uarkan oleh perunding kewangan
sama ada takaful ataupun konvensional sebagai penyakit kritikal, iaitu:
1. Heart attack 26.Loss of Speech
2.Coronary artery disease 27.Cancer
3.Angloplasty 28.Aplastic Anaemia
4.Other serious coronary artery disease 29.Major Head Trauma
5.Heart valve replacement 30.Major Burns
6.Aorta surgery 31.Major Organ Transplant
7.Primary pulmonary arterial hypertension 32.Kidney Failure
8.Cardiomyopathy 33.Chronic Lung Disease
9.Encephalitis 34.Chronic Liver Disease
10.Benign Brain Tumor 35.Fulminant Viral Hepatitis
11.Bacterial Meningitis 36.Muscular Dystrophy
12.Motor Neurone Disease
13.Parkinsons Disease
14.Alzheimer's Disease
15.Poliomyelitis
16.Multiple Sclerosis
17.Apallic Syndrome
18.Brain Surgery
19.Paralysis
20.Stroke
21.Coma
22.Loss of Independent Existence
23.Loss of Limbs
24.Loss of Sight
25. Loss of Hearing
Assalamualaikum Rafasa
ReplyDeletemoga mereka cepat sembuh dan yg telah pergi dahulu di hadiahkan Al Fatihah
Wassalam
Walaikumsalam.
ReplyDeleteHarapnya begitulah.