Wednesday, July 20, 2011

Teman Seperjuangan

 17 Julai 2011 berhimpunlah para cendekiawan
Pelbagai jurusan pelbagai bidang
Diasuh dibimbing disuluh jalan
Oleh Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pelajaran.

Jatuh rebah dipinta jangan
Tekadkan azam mara ke hadapan
Biar onak duri dan badai mendatang
Sedia menelan dan mengampuhkan perjuangan 
Namun .....
Genggam bara
Biar sampai jadi arang.

189 orang bakal graduan
Peringkat kedoktoran itulah tujuan
Menggapai impian dalam kehidupan
3 tahun berhempas-pulas mencari bahan
Tesis Ph.D kalian perlu diselesaikan.

Doa restu ayah, bonda
Suami, isteri, anak-anak tercinta
Saudara-mara, rakan taulan,
Mengiringi perjalanan kalian
Dalam kelompok sarjana terbilang
Suatu tika nanti.

Namun usah kalian lupalekaalpa
Pada-Nya doa dipanjatpinta
Makbulkanlah perjalanan dan cita-cita
Dalam meniti usia
Amin Ya Rabbal A'lamin.

Hotel Dynasty, K.L (17 - 19 Julai 2011)

2 comments:

  1. Assalamualaikum RaFaSa

    Alhamdulillah
    Syukur
    Tahniah

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Walaikumsalam.
    Terima kasih En Rozali.
    Syukran.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...