Saturday, July 23, 2011

Nikmat Yang Ditarik

Sering aku melihat telatah seorang budak lelaki yang bisu. Biarpun bisu tetapi rajin membantu ibunya membeli barangan untuk dibuat kuih-muih. Kuih-muih ini dijual di gerai yang terletak di seberang jalan sebuah sekolah.

Sungguh rajin sianak ini berulang-alik ke kedai membeli barangan keperluan yang diminta oleh ibunya. Ibunya menulis pada secebis kertas barangan yang diperlukan dan sianak ini tidak bertangguh menuju ke kedai untuk membelinya.

Selain rajin membantu ibunya, sianak yang bisu ini juga sering bersama-sama rakan-rakannya. Kerap kedengaran suaranya yang berbunyi tetapi tidak tahu entah apa butiran yang cuba diperkatakan. Rakan-rakannya hanya gelak dan mentertawakannya. Gerak tangan menunjukkan sesuatu yang cuba dinyatakan kepada rakan-rakan juga menjadi bahan gelak ketawa mereka.

Bagaimanapun sibisu ini tidak mengendahkan apa jua gelagat rakan-rakannya. Dia tetap juga ke sana sini menunggang motosikal mengikut hala tuju destinasi rakan-rakannya.

Apa yang ingin dinyatakan di sini bukanlah kisah sibisu tetapi kisah diri sendiri. Dua hari tak bersuara. Nikmat bercakap ditarik sekejap oleh Allah S.W.T.

Aduh, tak keruan jadinya! Mengadap doktor lalu diberi ubat demam, antibiotik dan pil untuk dihisap. MC sehari.

Apabila bercakap, anak isteri gelakkan. Macam suara itik serati. Sekejap ada berbunyi dan sekejap hilang. Pelbagai petua rakan-rakan berikan untuk mengembalikan nikmat yang Allah tarik.

Maha Suci Allah. Dua hari selepas itu nikmat bersuara dikembalikan. Biarpun serak-serak basah, alhamdulillah. Lebih baik daripada tidak bersuara langsung. Baru ditarik sedikit nikmat tak tentu arah jadinya.  

Bersyukurlah dengan kurniaan nikmat yang Allah anugerahkan. Kita insan yang bernasib baik jika dibandingkan dengan insan-insan yang kelainan upaya seperti buta, pekak, bisu, tempang dan lain-lain.



2 comments:

  1. Assalamualaikum RaFaSa

    moga saudara cepat sembuh

    SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Walaikumsalam.
    Moga doa saudara segera dimakbulkan.
    Amin.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...