Saturday, July 9, 2011

Guru Cemerlang (GC)

Dewan 1 Malaysia dijejaki,
4 Julai 2011 tarikh dikunjungi.

Disambut mesra oleh urusetia,
Daerah Alor Gajah di Kem Bina Negara.

Kehadiran di sini pilihan nazir,
Moga kecemerlangan bertambah zahir.

Selangor, Perak dan Kuala Lumpur,
Tiga negeri GC bercampur-baur.

Pelbagai ilmu dicurah beri,
Agar kemenjadian GC sejati.

Pelbagai matlamat dimulai visi,
Pelbagai kaedah dengan misi.

Menjana diri bersikap positif,
Menyahasingkan pemikiran negatif.

BTN, BPG, JNJK, IAB, MGCM dan KPM
Menyalur maklumat penuh rencam.

Mencorak minda dengan inspirasi,
Gerak laku bicara tidak bermeditasi.

Suntikan semangat membakar motivasi,
Menabur bakti penuh dedikasi.

Ilmu dipasak ke arah kemenjadian,
Murid-murid difokus sebagai sasaran.

Terima kasih para ilmuan budiman,
Ilmu yang diberi buat titipan.

8 Julai menjelang hari,
Bertebaranlah GC kembali ke destinasi.
    

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...