Friday, June 17, 2011

Chef Wan

Pelbagai gelagat dan telatah,
Mencolek hati melihat karenah.

Mulut mengomel tak berhenti,
Ada-ada sahaja yang diperi.

Sambil memasak senyum ketawa,
Menonton telatahnya yang bersahaja.

Datuk Chef Wan yang bestari,
Kelebihan memasak anugerah Illahi.

Kelentang kelentung menumbuk sambal,
Kaedah lama masih diamal.

Dapur gas dan mesin ketuhar,
Percepat memasak dan membakar.

Pelbagai lokasi beliau pergi,
Ceruk rantau beliau singgahi.

Pelbagai juadah yang disaji,
Pasti enak pabila dirasai.

Pelbagai resepi yang diberi,
Boleh dicuba jika meminati.

Bukan teori tapi praktikal,
Boleh diperbanyak masakan pukal.

Dah pelbagai teori diberikan,
Alahai, kedai makan juga jadi sasaran.

2 comments:

  1. Assalamualaikum RaFaSa

    tentu seronok chef wan
    bila dia baca n3 ni..

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Walaikumsalam.
    Harapnya begitulah En. Rozali

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...