Tok Sami : Haiyaa! Lu punya cucu silalu kudis-kudis.
Lia punya kulit atak hitam. Talak silupa kita
punya olang Cina.Wa ingat bagus lu kasi itu
olang Melayu kuat simbayang.
Lia punya kulit atak hitam. Talak silupa kita
punya olang Cina.Wa ingat bagus lu kasi itu
olang Melayu kuat simbayang.
Ah Seng : Wa sudah pining. Kudis manyak dan tatak
mau naik lia punya badan. Manyak kicik saja.
mau naik lia punya badan. Manyak kicik saja.
(Ah Seng pulang dan memikirkan kata-kata
Tok Sami).
Ah Seng : Kawan aaa, mau tanya lo. Itu olang Milayu
kuat simayang lu atak tau ka?
Hj Mail : Oh, itulah kawan! Itu jual kuih, pisang
goreng petang-petang di gerai dekat
simpang jalan. Dia kuat sembahyang dan
selalu nyanyi-nyanyi dekat masjid.
Ah Seng : Itu nyanyi-nyanyi punya olang? Itu manyak
kuat simayang dia loo.
Hj Mail : Ha, itu oranglah!
(Segera Ah Seng memaklumkan kepada
anaknya, Ah Boon agar membawa Ah Kik
berjumpa dengan orang yang dimaksudkan
oleh Hj Mail).
Ah Seng : Hai, kawan! Wa latang mau jumpa awak
looo.
Abd Malik: Apa mau, tauke? Pisang goreng, karipap,
keropok atau ......
Ah Seng : Lu punya kuih manyak sidap. Tapi, ini hali
wa tatak mau bili kuih. Wa mau kasi ini
budak jadi lu punya anak.
Abd Malik: Apa fasal tauke?
Ah Seng : Ini wa punya cucu manyak kudis. Badan
tatak mau tinggi-tinggi. Itu wa punya
Tok Sami suluh bagi ini cucu sama olang
Melayu kuat simayang.Itu haji cakap
lu atak nyanyi-nyanyi loo sibilum simayang.
Abd Malik: Betul awak nak bagi cucu awak kepada saya?
Nanti mak bapak dia tak marah?
Nanti mak bapak dia tak marah?
Ah Seng : Mutut oooo, kawan. Tatak muhong. Ini lia
punya bapak atak sama latang oooo.
Ah Boon : Ya, betul encik. Saya dan bapa memang nak
serahkan anak saya kepada encik.
Abd Malik: Oh, macam tu! Kalau begitu esok tauke
datang jumpa saya.Saya mahu bagi beras,
garam, gula, mangkuk dan sudu. Awak
masak gunakan barang-barang yang saya
beri dan bagi makan gunakan mangkuk
dan sudu yang saya beri. Saya terima
ini anak awak menjadi anak saya. Tapi
saya berikan nama Melayunya,
Mokhtar.
Ah Seng : Ok kawan. Tima kasih loo lu atak suka jadi
ini budak punya bapak. Manyak terima
kasih.
Ah Boon : Esok kami datang. Terima kasih encik.
(Beberapa bulan kemudian....)
Ah Seng : Aloo, kawan. Apa macam misnes. Atak
maguskah?
Abd Malik: Oh, tauke! Alhamdulillah, ramai juga
pelanggan membelinya. Adalah rezeki
saya sekeluarga. Itu budak kecil, awak
punya cucu lainkah?
Ah Boon : Inilah Mokhtar, encik. Anak encik yang
kami beri tiga bulan lepas.
Abd Malik: Dulu penuh kudis dan badannya hitam.
Sekarang sudah cantik kulitnya dan sudah
putih macam awak. Syukur alhamdulillah.
Tak lama lagi kami puasa dan lepas tu
hariraya. Datanglah ke rumah saya dan
bawa Mokhtar sekali.
Ah Seng : Wa misti latang. Tiap-tiap kali hali laya
wa latang lu punya lumah ooo.Itu olang
Islam satu taun atak lua kali hali laya ooo.
Abd Malik: Ya, betul tauke! Hari Raya Puasa dan
Hari Raya Haji.
Setiap kali menjelang Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Tahun Baharu Cina, rumah Abd Malik menjadi kunjungan tetap Ah Seng, Ah Boon suami isteri dan anak-anaknya termasuklah Ah Kik (Mokhtar). Pelbagai buah tangan dibawa bersama setiap kali kunjungan.
Abd Malik dan Ah Seng telah lama meninggal dunia tetapi Ah Boon sekeluarga masih mengunjungi isteri Abd Malik iaitu Puan NorAminah dan anak-anaknya.Tradisi mengunjungi rumah masih berterusan hingga sekarang.
Mokhtar memanggil Puan NorAminah dengan panggilan 'emak'. Ada kala emak tidak sihat, Mokhtar datang mengunjungi dan memberikan ubat-ubatan yang perlu. Dipesannya emak tidak lupa makan ubat.
Kini Mokhtar telah bekerja setelah tamat pengajian di UKM dalam bidang perakaunan. Biarpun sibuk bekerja, beliau tetap bertanya khabar tentang emak 'Melayu'nya.
Jadi 1 Malaysia yang dilaung-laungkan oleh PM telah lama diaplikasikan oleh dua buah keluarga yang berlainan agama, ras dan budaya.
Nota : Ini adalah kisah benar yang dialami sendiri oleh keluarga RaFaSa.
No comments:
Post a Comment