Zahir ke dunia tanggal
12 Rabiul Awal Tahun Gajah
bersamaan
20 April 570 Masihi
oleh
oleh
Bonda tercinta Aminah binti Abd. Wahab
bin Abd. Manaf bin Kilab bin Murrah
bin Kaab bin Luayy.
Mengalir rindu insan mulia
ditinta nama
ditinta nama
Muhammad bin Abdullah
bin Abd. Muttalib bin Hashim
bin Abd. Manaf bin Qusay
bin Kilab bin Murrah
bin Kaab bin Luayy.
Menyelusuri nasab
ayahanda dan bonda
maka bertemu
ayahanda dan bonda
maka bertemu
pada nenda Kilab bin Murrah.
Diberi
Diberi
nama Muhammad
bermakna 'terpuji'
bermakna 'terpuji'
oleh nenda tersayang Abd. Muttalib.
Jujur, ikhlas, amanah segala segi
jolokan 'Al-Amin'
kemudian diberi
kemudian diberi
tindak-tanduk tak pernah diragui
tutur bicaranya amat dipercayai.
Buhaira, pendeta Nasrani meramal
kriteria kenabian jelas terpancar
rujukan Taurat dan Injil yang diselusuri
menemukan khatamul anbiya
bukannya generasi Bani Israil lagi.
Perkhabaran murni segera dilisani
buat pengetahuan nenda Abu Talib
yang mengasuh didik baginda
di kala berniaga di Syam
suatu tika.
suatu tika.
Kasih kecintaan pada-Nya
kelazatan dan kemanisan
dalam bercinta
pengasingan diri dinamai 'uzlah'
mendorong diri
menuju Gua Hira'
mendorong diri
menuju Gua Hira'
destinasi tafakur munajat
merafak percintaan pada-Nya.
Diutusi Jibril
penyampai wahyu-Nya
dengan kalam Iqra
tanggal 17 Ramadan
bersamaan
6 Ogos 610 Masihi.
tanggal 17 Ramadan
bersamaan
6 Ogos 610 Masihi.
No comments:
Post a Comment