Petani dan penoreh
bidang tugasan berbeza
tiada persamaan biarpun sekelumit cuma.
Harapan Pak Tani
biarlah acapkali
titisan mutiara berguguran
menimpa perdu tanaman
tidak kelayuan dimamah mentari.
Harapan Si Penoreh
biarlah acapkali suria bersinar garang
menyinari alam maya
setiap hari.
Bisikan Pak Tani dan Si Penoreh
adakala terpacul zahir di pelipisku
mengertilah aku
munajat mereka berbeza
tapi
harapan mereka wahid
menagih hasil tuaian yang melimpah-ruah.
Rabbul Jalil penentu segala
munajat kalian untuk diperkenan-Nya.
Assalamualaikum Rafasa
ReplyDeletemoga Allah memberkati usaha mereka
janji bekerja kerana Allah
Insyaallah
Wassalam
Walaikumsalam En. Rozali.
ReplyDeleteBegitulah permintaan yang berbeza bagi setiap insan. Rambut saja sama hitam .........