Sunday, October 14, 2018

HANYA KERANA TULISAN

Hanya kerana tulisan
Rezeki melimpah ruah hidup aman.

Hanya kerana tulisan
Nama gah disanjung insan.

Hanya kerana tulisan
Menjana wang kiri dan kanan.

Hanya kerana tulisan
Khazanah cerita dapat dirungkaikan.

Hanya kerana tulisan
Tika menulis adakan batu sempadan.

Hanya kerana tulisan
Wang mencair tanpa dapat dikesan.

Hanya kerana tulisan
Kata nista dijaja bertebaran.

Hanya kerana tulisan
Adu domba bahan mainan.

Hanya kerana tulisan
Ada yang saman menyaman.

Hanya kerana tulisan
Tidak kesampaian tesis turut disaman.

Hanya kerana tulisan
Bercerai-berai keluarga yang aman.

Hanya kerana tulisan
Impian berjela belum tentu kesampaian.

Hanya kerana tulisan
Halal haram dikesampingkan.

Hanya kerana tulisan
Lakuan buruk kan dapat dikesan.

Hanya kerana tulisan
Ah Long mencari hingga ke batu nesan.

Hanya kerana tulisan
Tulisan buruk ibarat cakar ayam.



Imej dari Google







Monday, May 28, 2018

UMRAH DENGAN KAEDAH SALAK

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T. yang mentadbir seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.

Di bulan Ramadan yang mulia (27 Mei 2018 bersamaan 
11 Ramadan), impian akhirnya menjadi kenyataan.

Hajat untuk melihat Modul Umrah dengan Kaedah SALAK diguna pakai oleh rakyat Malaysia berjaya direalisasikan bersama-sama Akademi Mutawwif Training & Consultancy (AMTC), Kajang.

Rakaman terima kasih buat:
Ustaz Hj. Abdullah bin Abd. Rahman Shah (CEO AMTC)
Datuk Hj Kamal bin Hj. Muhammad (Mantan Pengurus Besar Tabung Haji)
Para petugas AMTC
Para peserta kursus sulung Modul Umrah dengan Kaedah SALAK

Semoga modul ini diterima pakai oleh semua umat Islam di Malaysia dan negara-negara jiran. Insya-Allah.
Peserta Sulung Pengkursus Umrah dengan Kaedah SALAK


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...