Monday, July 1, 2013

Sifat Mazmumah

MARAH itu mudah, tapi SABAR itu lebih indah.
 

MENGUMPAT itu seronok, nanti balasannya amat teruk.
 
MENGEJEK itu hobi, nanti bala datang bertubi-tubi.
 
MENGHINA itu senang, nanti silap hari bersepak-terajang.


MENCARUT dah jadi biasa, nanti lidah bertukar luar biasa.
 
MEMBULI dah jadi sedap, nanti bakal dapat 'penyedap'.
 
MENCERCA dah jadi amalan, nanti bakal dapat 'habuan'.
 

MENCACI adalah amalan keji, sedarlah teman
berselawat beristighfar amalan terpuji. 
 
 
 

Monday, May 27, 2013

Belajar Bahasa Indonesia (3)

Kedapatan dalam jurnal dan bahan bacaan ilmiah, kosa kata yang tampak berbeza dengan kosa kata dalam Bahasa Melayu.
Antara kosa kata tersebut dan maknanya dalam Bahasa Melayu, iaitu:

Bahasa Indonesia - Bahasa Melayu
 mau = mahu 
yaitu = iaitu
 persentase = peratus 
karena = kerana 
majoritas = majoriti
 komunitas = komuniti
 bagian = bahagian 
etnis = etnik 
beda = beza 
uraian = huraian 
prajurit = perajurit
 coba = cuba 
politis = politik
 justru = justeru 
linguistic = linguistik 
ide = idea 
antar = antara 
bahwa = bahawa
geografis = geografi 
metodologis = metodologi 
khawatir = khuatir 
peran = peranan
fase = fasa 
kantor = pejabat 
pikiran = fikiran
Imej dari Google


 
 

Saturday, April 20, 2013

PRU 13

20 April 2013 SPR tetapkan,
Pengumuman calon parti yang menjadi taruhan.
Pencadang, penyokong dan borang penama,
Menampilkan calon muka baru dan lama.
Wang deposit bertanding diperlukan,
Deposit DUN dan Parlimen tiada persamaan.

Berkibaran bendera sepanjang jalan,
Meraih hati pengundi membuat pilihan.

5 Mei 2013 tarikh pembuangan undi,
Pilihlah parti yang mendekat di hati.
Kad pengenalan diri usah dilupa,
Sentiasa bersama walau ke mana.
Hari pengundian unjukkan nanti,
Lesen besar dibenarkan mengundi.
Jari telunjuk kiri akan dicalitkan,
Tanda menghadiri undi telah disempurnakan.
Tanda pangkah amat bermakna,
Berfikir sejenak sebelum dihayun pena.
5 Mei adalah hari penentuan,
Bergelar YB Parlimen atau Dewan Undangan.
Dua pertiga kerusi amat diperlukan,
Baharulah boleh membentuk kerajaan.

Imej dari Google


Tuesday, March 19, 2013

Madinah Al-Munawwarah

Alhamdulillah
selawat dan salam
ke atas Junjungan Besar
Nabi Muhammad s.a.w.
Biarpun seketika cuma
daku, umi, isteri dan anak-anak
dapat menginjak kaki
di Madinah Al-Munawwarah
namun
berbekas di kalbu
kasih dan kecintaan
kepada kekasih-Mu
dengan selawat ke atas baginda
bertalu-talu.
Biarpun telah 1400 tahun lebih
kekasih-Mu disemadikan
di rumah-Mu
bersama-sama kekasih hati
dan para sahabat
di laman pemakaman Baqi'
namun
jutaan umat tak jemu
menjenguk
bertemu kekasih-Mu
dan menatap rumah-Mu
yang dihias indah
bersama
Taman Raudhah.
Biarkan lidah kami basah
 menyebut
 nama-Mu dan kekasih-Mu
selagi bernafas
dan
tatkala
roh
akan berpisah
dengan jasad.





.

Friday, March 1, 2013

Makkah Al-Mukarramah

Subhanallah
Maha Suci Allah
 mengizinkan kami
menyampaikan hajat 
daku seisi keluarga dan umi
menjejak kaki ke Tanah Haram
menjadi tetamu-Mu.

Alhamdulillah
setelah sekian lama kepingin
mengunjungi Masjidil Haram
akhirnya dapat kulihat
tersergam indah
Kaabah
yang menjadi rindu-rinduan
umat Islam pelosok alam
bertawaf mengelilingi
dengan berjalan 
mahupun berlarian anak
seterusnya bersaie
bagi mengenang lipatan sejarah
Siti Hajar berpergian di padang pasir
mencari punca air
buat penghilang dahaga
putera kesayangannya, Ismail.

Berebutan sekelumit umat
mencari ruang 
mengucup Hajarul Aswad
dan mendakap kelambu Kaabah
untuk mengadu
dan 
bermunajat 
kepada-Mu.

                                  







Sunday, January 20, 2013

Ayat Ruqyah



                                                        

Syaitan merupakan kata sifat bagi menunjukkan sesuatu perkara yang jahat dan buruk. Terdapat Syaitan Jin dan Syaitan Manusia. 

Syaitan Jin adalah salah satu golongan hamba Allah yang paling beriman dan amat taat, pintar, patuh dan kuat beribadah kepada Allah. Bagaimanapun, golongan syaitan ini yang diketuai oleh (Azazel) ingkar dengan perintah Allah dan diperintahkan keluar dari Syurga kerana tidak mahu sujud kepada Nabi Adam.

Syaitan merupakan golongan penghasut, beranak-pinak dan keturunan kepada iblis laknatullah. Mereka  mempunyai tugas jahat yang berbeza untuk memperdayakan manusia. Anak-anaknya, iaitu:


1.Tsabr:
Menggoda manusia berbuat maksiat ketika manusia sedang dalam kesusahan dan berada dalam kesedihan.Ketika manusia dalam kesusahan dan mendapat musibah, maka datanglah Tsabr dan kuncu-kuncunya membisik manusia agar melakukan segala kejahatan seperti berzina,bunuh diri,menghisap dadah,minum arak dan berjudi supaya manusia itu terus leka dan jangan kembali kepada Allah.

2.A'war:
Menghasut manusia supaya mendekati zina dan terus melakukannya dengan apa cara sekali pun.A'war dan pengikutnya akan menggambarkan keenakan dan keseronokan berzina dalam akal fikiran manusia dan mengobar-ngobarkan nafsu.

3.Miswath:
Menyampaikan berita dusta atau penipuan yang mampu menimbulkan kemarahan dan fitnah besar, agar manusia itu akan kucar-kacir, hilang pertimbangan dan saling menuduh sehinggakan menyebabkan pertempuran yang hebat dan dahsyat.

4.Dasim:
Menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan, mudah marah, dan permusuhan. Selalunya dalam kes rumahtangga, Dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan.

5.Zaknabur:
Memastikan dunia ekonomi dan perniagaan akan tergugat. Menghasut para pedagang agar sentiasa tamak dalam mengaut keuntungan, kecurangan dan penipuan dalam muamalah(perhubungan). Memastikan pengurangan dalam timbangan dan bekalan,kelumpuhan ekonomi melalui sistem inflasi serta merupakan pengajak utama manusia dalam melakukan riba(bunga atau faedah dalam perniagaan).

6.Khanzab:
Menghalangi umat Islam dalam melakukan solat, menggangu umat Islam dalam melakukan solat serta mencari jalan agar dapat menyebabkan manusia tidak akan dapat menyembah Allah dan mengelakkan agar sembahyang menjadi sempurna.

7.Walhan:
Menggangu umat Islam agar sentiasa was-was dalam berwudhuk(bersuci sebelum melakukan sembahyang).Ini akan menyebabkan manusia merasakan tidak sah solatnya kerana wuduk merupakan perkara penting yang amat perlu dititik beratkan sewaktu beribadah kepada Allah.Walhan juga menyebabkan manusia agar sentiasa membazir dalam menggunakan sesuatu perkara atau benda.

(Sumber dipetik dari:  Wikipedia, ensiklopedia bebas)

Wednesday, January 2, 2013

Lidah

Lidah merupakan organ di dalam mulut yang sensitif dengan pelbagai jenis perasa.
Bijak membezakan perasa secara automatik dan dihantar ke otak memaklumkan jenis perasa berkenaan.
Antara rasa yang dapat dibezakan oleh lidah, iaitu:

Manis
Masam
Masin
Pahit
Kelat
Payau
Pedas
Lemak
Tawar
Pedar
Hambar
Sedap
Lazat

Penyalahgunaan lidah boleh mengakibatkan impak yang besar kepada sipenutur. 

Jika antara negara dengan negara, boleh mengakibatkan peperangan.
   Jika antara pekerja dengan majikan, boleh     
      mengakibatkan pembuangan kerja.
          Jika antara rakan dengan rakan, boleh  
             mengakibatkan pergaduhan.
                Jika antara adik dengan abang, boleh  
                   mengakibatkan persengketaan.


Pepatah Melayu mengatakan:
       lidah tidak bertulang, salah petik jiwa hilang
          lidah bercabang
            lidah biawak
              lidah terganjal
                lidah terkalang
                  lidahnya masin


Pepatah Indonesia pula menyebut:
       berjalan pelihara kaki, berkata pelihara lidah

Oleh itu, sipenutur perlu mensyukuri anugerah Illahi yang tidak ternilai ini dengan memperbanyakkan zikrullah mengingati-Nya.

Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenteram. 
                                                                       (Surah Al-Ra'd:28)

Imej dari Google



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...