Thursday, April 7, 2011

Tahu, Reti, Faham, Akur.




Dah terpampang No Entry, ta...pi ditempuh juga jalan tersebut.

Dah terpamer No Parking, ta...pi diletakkan juga kenderaan di kawasan tersebut. 

Dah terukir No U Turn, ta...pi dibuat pusingan 
di laluan berkenaan.

Dah tertera Merokok Membahayakan Kesihatan, ta...pi dibakar dan disedut juga kepulan asap tu.

Dah tertulis Jangan Buang Sampah Di Sini, ta...pi dilonggokkan juga segala macam khazanah yang menjengkelkan mata memandang dan meloyakan
tekak menghidu bauan.

Dah disebut Jangan Bising, ta...pi memekak juga
macam negeri dilanggar garuda.

Dah dikata Jangan Bergaduh, ta...pi menunjukkan
kejaguhan yang tidak kena pada tempatnya.


 

        Banyaknya T...A...P...I... dalam lingkaran hidup. 
           Hukum Allah sewenang-wenangnya dilanggar
           apatah lagi arahan manusia.

Friday, March 25, 2011

'Chemong'

Masihku ingat
tatkala dipangku
lemah seluruh tubuhmu
tak bermaya
melangkah jua tak lalu.

 Lambat lidahmu menjamah
susu yang kusua. Hatiku gusar
dibalut sendu
melihat rengek tangismu
syair pilu sendu.

Ketemu pakar
tagih kasih simpati merawatmu
yang ibarat nyawa-nyawa ikan
dengan sekali suntikan
menembus kulitmu
sepicing matamu tak lalu
terbuka. Lihat kelibat
yang mengerumunimu.

Lompat ceria kini aku 
lihat mulus raut wajahmu
menggesel manja
pabila mendekat padaku.

Chemong!
kusadur namamu
dari moyang A.R Tompel
yang menamai moyangmu
suatu tika dulu.



Wednesday, March 16, 2011

Ikan

Kolam, sungai, paya dan lautan,
Banyak dihuni spesis ikan.

Keli, sembilang, tengas dan juga baung, 
sekali menyengat bisa jadi meraung.

Jelawat, kelah, ketutu dinamai juga ikan ubi,
patin, sepat, talapia, toman, haruan
belut, linang atau ikan lele,
dimasak lemak cili api 
aduh, tentu air liur meleleh!

Temoleh, terbul, tongsan, lampam,
sebarau, likoh, rohu, belida
tilan sekali pandang spesis ular
hanya kaki pancing sungai 
yang mengenal manikam.

Arowana tidaklah sebesar mana,
dalam kategori ikan hiasan, 
tetapi awas harganya bikin kocek merana,
bukan ratusan malah ribuan,
dan mencecah harga sebuah kereta,
jika berhajat ingin memilikinya,
cantik dipandang belum tentu untuk dimakan.

Ikan paus, jerung, pari,
ikan lumba-lumba atau dolphin,
berada dalam kategori ikan bersaiz besar. 

Arapaima, pirarucu atau paiche 
berada dalam kelompok ikan gergasi.

Ikan kapak, gelama, kerisi, tongkol, 
kerapu, siakap, tenggiri, layaran,
 ikan alu-alu, merah, ebek, bawal, selar, sardin,
ikan kembong ada juga yang menamainya mabong.

Ada juga ikan kacang, ikan lidah, 
ikan cermin, beliak mata,
lain halnya ikan cencaru 
disinonimkan dengan ikan jaket
berkulit keras di badannya melekat.

Ada pula ikan ayam,
pabila direneh sup,
ehem, mata boleh tampak berbalam!
perut penuh kekenyangan
dan hanya nampak tilam.

Amat banyak anugerah Illahi,
pemangkin sumber protein
bagi tumbesaran badan.

Hargailah khazanah alam,
buat titipan lapisan generasi,
untuk mengenal fauna,
yang banyak mendiami peratusan alam. 


Monday, March 14, 2011

Kisah BENAR

Tok Sami  : Haiyaa! Lu punya cucu silalu kudis-kudis.
                  Lia punya kulit atak hitam. Talak silupa kita 
                  punya olang Cina.Wa ingat bagus lu kasi itu
                  olang Melayu kuat simbayang.
Ah Seng   :  Wa sudah pining. Kudis manyak dan tatak 
                  mau naik lia punya badan. Manyak kicik saja.
                  
                  (Ah Seng pulang dan memikirkan kata-kata
                  Tok Sami).

Ah Seng   :  Kawan aaa, mau tanya lo. Itu olang Milayu 
                  kuat simayang lu atak tau ka?
Hj Mail    :  Oh, itulah kawan! Itu jual kuih, pisang 
                  goreng petang-petang di gerai dekat 
                  simpang jalan. Dia kuat sembahyang dan 
                  selalu nyanyi-nyanyi dekat masjid. 
Ah Seng   :  Itu nyanyi-nyanyi punya olang? Itu manyak
                  kuat simayang dia loo. 
Hj Mail    :  Ha, itu oranglah!
                  
                  (Segera Ah Seng memaklumkan kepada 
                   anaknya, Ah Boon agar membawa Ah Kik
                   berjumpa dengan orang yang dimaksudkan
                   oleh Hj Mail).

Ah Seng   :  Hai, kawan! Wa latang mau jumpa awak
                  looo.
Abd Malik:  Apa mau, tauke? Pisang goreng, karipap, 
                  keropok atau ......
Ah Seng   :  Lu punya kuih manyak sidap. Tapi, ini hali 
                  wa tatak mau bili kuih. Wa mau kasi ini 
                  budak jadi lu  punya anak.
Abd Malik:  Apa fasal tauke?
Ah Seng   :  Ini wa punya cucu manyak kudis. Badan 
                  tatak mau tinggi-tinggi. Itu wa punya 
                  Tok Sami suluh bagi ini cucu sama olang 
                  Melayu kuat simayang.Itu haji cakap 
                  lu atak nyanyi-nyanyi loo sibilum simayang.
Abd Malik:  Betul awak nak bagi cucu awak kepada saya? 
                  Nanti mak bapak dia tak marah?
Ah Seng  :   Mutut oooo, kawan. Tatak muhong. Ini lia 
                  punya bapak atak sama latang oooo.
Ah Boon  :  Ya, betul encik. Saya dan bapa memang nak 
                  serahkan anak saya kepada encik.
Abd Malik:  Oh, macam tu! Kalau begitu esok tauke 
                  datang jumpa saya.Saya mahu bagi beras, 
                  garam, gula, mangkuk dan sudu. Awak 
                  masak gunakan barang-barang yang saya 
                  beri dan bagi makan gunakan mangkuk 
                  dan sudu yang saya beri. Saya terima 
                  ini anak awak menjadi anak saya. Tapi 
                  saya berikan nama Melayunya, 
                  Mokhtar.                
Ah Seng  :   Ok kawan. Tima kasih loo lu atak suka jadi 
                  ini budak punya bapak. Manyak terima
                  kasih.
Ah Boon  :  Esok kami datang. Terima kasih encik.
                  
                  (Beberapa bulan kemudian....)

Ah Seng   :  Aloo, kawan. Apa macam misnes. Atak  
                  maguskah? 
Abd Malik:  Oh, tauke! Alhamdulillah, ramai juga 
                  pelanggan membelinya. Adalah rezeki 
                  saya sekeluarga. Itu budak kecil, awak 
                  punya cucu lainkah?  
Ah Boon  :  Inilah Mokhtar, encik. Anak encik yang
                 kami beri tiga bulan lepas.
Abd Malik: Dulu penuh kudis dan badannya hitam. 
                 Sekarang sudah cantik kulitnya dan sudah 
                 putih macam awak. Syukur alhamdulillah.
                 Tak lama lagi kami puasa dan lepas tu 
                 hariraya. Datanglah ke rumah saya dan 
                 bawa Mokhtar sekali.
Ah Seng  : Wa misti latang. Tiap-tiap kali hali laya 
                 wa latang lu punya lumah ooo.Itu olang
                 Islam satu taun atak lua kali hali laya ooo.
Abd Malik: Ya, betul tauke! Hari Raya Puasa dan 
                 Hari Raya Haji. 
                
                 Setiap kali menjelang Hari Raya Puasa,            Hari Raya Haji dan Tahun Baharu Cina, rumah Abd Malik menjadi kunjungan tetap Ah Seng, Ah Boon suami isteri dan anak-anaknya termasuklah Ah Kik (Mokhtar). Pelbagai buah tangan dibawa bersama setiap kali kunjungan.
            
                 Abd Malik dan Ah Seng telah lama meninggal dunia tetapi Ah Boon sekeluarga masih mengunjungi isteri Abd Malik iaitu Puan NorAminah dan anak-anaknya.Tradisi mengunjungi rumah masih berterusan hingga sekarang.

                 Mokhtar memanggil Puan NorAminah dengan panggilan 'emak'. Ada kala emak tidak sihat, Mokhtar datang mengunjungi dan memberikan ubat-ubatan yang perlu. Dipesannya emak tidak lupa makan ubat.

                Kini Mokhtar telah bekerja setelah tamat pengajian di UKM dalam bidang perakaunan. Biarpun sibuk bekerja, beliau tetap bertanya khabar tentang emak 'Melayu'nya. 

               Jadi 1 Malaysia yang dilaung-laungkan oleh PM telah lama diaplikasikan oleh dua buah keluarga yang berlainan agama, ras dan budaya. 


Nota : Ini adalah kisah benar yang dialami sendiri oleh keluarga RaFaSa.


                 


 

Wednesday, March 9, 2011

Kayu-Kayan

Pelbagai jenis kayu yang kedapatan di muka bumi Allah ini. Nama kayu-kayan dijadikan pembayang bagi pantun yang dicipta. Selamat membaca dan menghayati maksud pantun dua kerat ini.



Tinggi berderap kayu gaharu,
Berpenyakit kurap selalu menggaru.

Bermain siakap di banir ara,
Usahlah bersikap berpura-pura.

Batu pancang kayu cendana,
Bicara lancang badan merana.

Berat teruja dek kayu balau,
Usahlah kerja asyik berpalau.

Daun palas rimbun di balik resak,
Sikap malas dewasa nanti sesak.

Lebah bebas bersarang di kayu tualang,
Bekerja keras membanting tulang.

Dijual peniaga kayu nyatuh,
Jagalah harga diri tidak jatuh.

Bergayutan unggas di ranting jelutung,
Badan cergas mindakan untung.

Diwarna merah kayu mahogani,
Tidak bersalah tampil berani.

Tampak ceria kayu kempas,
Anggun mulia berpakaian kemas.
 

                                                         

Thursday, February 24, 2011

Oh, Bunga!

Indahnya Panorama dengan Bunga-Bungaan

Bunga anggerik, bakawali, cempaka, dahlia,
jasmin, teratai, kiambang, bunga kemboja
banyak ditanam di kuburan.        

Bunga kenanga, kemunting, lili, mawar,  sundal malam,
tulip, bunga raya atau bunga sepatu dinobat sebagai bunga kebangsaan.   

Bunga bakung, keembong, kekwa, matahari, bunga ros, bunga mawar dan bunga melati ditintai nama juga pada insan.

Bunga tiga bulan, alamanda, kertas, matahari, kenanga, kemuning,  rafflesia, tulip, bunga stavia rasanya manis.  

Bunga petunia, jasmin, pukul sepuluh, carnation, rafflesia, tulip, bunga asam batu ada sedikit kemasaman.

Bunga daisy, keembong, balong ayam, periuk kera, bunga popi dinamai juga bunga candu usah sesekali cuba ditanam. 
                                             
Sungguh berseni dan indah-Nya ciptaan-Mu Tuhan. Penyejuk mata, pendamai jiwa pabila memandang. 


                                                                                           

Tuesday, February 15, 2011

Selusuri Sirah

Zahir ke dunia tanggal 
12 Rabiul Awal Tahun Gajah 
bersamaan
20 April 570 Masihi 
oleh 
Bonda tercinta Aminah binti Abd. Wahab 
bin Abd. Manaf bin Kilab bin Murrah
bin Kaab bin Luayy.

Mengalir rindu insan mulia 
ditinta nama
Muhammad bin Abdullah 
bin Abd. Muttalib bin Hashim
bin Abd. Manaf bin Qusay
bin Kilab bin Murrah 
bin Kaab bin Luayy.

Menyelusuri nasab 
ayahanda dan bonda
maka bertemu
pada nenda Kilab bin Murrah. 

Diberi
nama Muhammad 
bermakna 'terpuji' 
oleh nenda tersayang Abd. Muttalib.

Jujur, ikhlas, amanah segala segi
jolokan 'Al-Amin'
kemudian diberi
tindak-tanduk tak pernah diragui
tutur bicaranya amat dipercayai.

Buhaira, pendeta Nasrani meramal
kriteria kenabian jelas terpancar
rujukan Taurat dan Injil yang diselusuri
menemukan khatamul anbiya
bukannya generasi Bani Israil lagi.

Perkhabaran murni segera dilisani  
buat pengetahuan nenda Abu Talib
yang mengasuh didik baginda
di kala berniaga di Syam 
suatu tika.

Kasih kecintaan pada-Nya
kelazatan dan kemanisan 
dalam bercinta
pengasingan diri dinamai 'uzlah'
mendorong diri 
menuju Gua Hira' 
destinasi tafakur munajat
merafak percintaan pada-Nya.

Diutusi Jibril 
penyampai wahyu-Nya
dengan kalam Iqra 
tanggal 17 Ramadan 
bersamaan
6 Ogos 610 Masihi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...