Terdapat pelbagai ragam bahasa dalam bahasa Melayu.
Antaranya:
1. Sindiran : Tidak disebut dengan tepat dan disigung
dengan berkias kepada perkara lain.
2. Menggiat : Seakan sindiran tetapi tiada kiasan.
Mengusik bersenda atau bersungguh-sungguh
sehingga lawan cakap menjadi malu
3. Mengejek : Mengata dengan perkataan yang tepat,
gaya mengajukkan keburukan
serta mempermainkan supaya nampak
kebodohan dan ditertawakan orang.
4. Terbalik : Maksud yang berlawanan daripada yang
disebut atau diperkatakan.
5. Tempelak : Mengatakan sesuatu secara tepat dan langsung
tanpa tedeng aling-aling.
6. Herdik : Bahasa tempelak yang lebih keras dan bernada
mengejek.
7. Melampau : Membesar-besarkan dan melebih-lebihkan
daripada yang sebenarnya.
8. Merendah : Kebalikan atau berlawanan daripada bahasa
melampau.
9. Naik : Menyebut sesuatu daripada paling rendah,
perlahan-lahan naik hingga ke puncaknya.
10. Turun : Lawan kepada bahasa naik.
11. Merajuk : Kecewa dan berkecil hati.
12. Seruan/Mengeluh : Mengeluarkan perasaan kecewa tetapi
tidak dilepaskan kesemua perasaan tersebut.
13. Berulang : Diulang-ulang untuk menguatkan maksud
atau tujuan.
14. Bertimbal : Mempertentangkan dua keadaan yang
seolah-olah berlawanan.
15. Nafi/Bukan: Kata bukan mendahului perkataan yang
dituturkan.
16. Jenaka : Menggunakan satu perkataan atau rangkaikata
ayat dengan dua makna.
Mari saksikan rakaman video lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan kenal pasti ragam bahasa yang terdapat dalam dialog. Selamat menonton.
